5 NOTA KATA SEMANGAT UNTUK BANGKIT DARI KEGAGALAN

5 nota kata semangat untuk bangkit dari kegagalan

Kata semangat? Semua orang pernah gagal. Itu realitinya. Bila gagal, perkara pertama yang kau perlukan adalah kata semangat.

Untuk bangkit dari kegagalan, motivasi adalah senjata utama dalam melalui detik getir dalam kehidupan.

Kali ini, saya kongsikan 5 kata semangat yang mungkin dapat memberikan anda semangat dan memberi motivasi ketika berhadapan kegagalan. Jom baca.

HIDUP JANGAN MENGALAH

Walau kau dikutuk, dihina atau dipandang serong, jangan sesekali menyerah. Menyerah disini bermaksud membiarkan kekalahan itu menghanyutkan kau.

Ya, kau mungkin kalah. Tapi, biarpun kalah, pastikan jiwa dan mental mu tidak mengalah.

Sehebat manapun ujian kau hadapi, percayalah, pasti ada kekuatan yang akan muncul dalam diri mu. Selagi kau yakin, kau mampu bangkit.

GAGAL BUKAN SATU PENGAKHIRAN

Jangan pernah percaya, bahawa kegagalan itu adalah pengakhiran. Jangan.

Tapi, kegagalan itu adalah sebenarnya salah satu pintu yang boleh membawa kau kepada kejayaan.

JANGAN TAKUT UNTUK GAGAL

Salah satu sebab mengapa ramai dikalangan kita sukar untuk berjaya dan bangkit, adalah kerana takut untuk gagal.

Buangkan perasaan takut kepada gagal itu. Gagal itu bukan hantu yang perlu ditakuti.

Tapi jika kau biarkan ketakutan itu menguasaimu, ia akan menghantui mu sampai bila-bila.

GAGAL SEKALI, BANGKIT 10 KALI

Bila kau sudah berani berhadapan dengan kegagalan, percayalah, kau akan bangkit selepas gagal.

Bila kau gagal sekali, bangkitlah dengan kekuatan 10 kali. Kekuatan ini kau akan dapat rasakan bila kau ada keberanian dan tidak menyerah dengan mudah.

REDHA DAN MOVE ON

Redha dengan segala ujian yang kau alami. Bila kau redha, Insyaallah hati mu akan tenang.

Hati yang tenang ini lah yang dapat membuatkan kau dapat berfikir dengan waras.

Move on daripada kegagalan dan kepahitan. Jangan biarkan kau terus meratapi kegagalan mu.

KESIMPULAN

Kita sebenarnya hanyalah hamba yang lemah. Kegagalan itu membuktikan kita ini sememangnya lemah.

Tapi, kegagalan itu adalah satu peringatan. Bahawa kekuatan yang kita miliki, masih belum digunakan. Saya percaya, semua kita ada kekuatan itu. Apa yang penting, jadilah manusia yang bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *