5 PANDUAN BAYAR INSURANS KERETA SECARA ONLINE

5 panduan bayar insurans kereta secara online

Pada zaman teknologi ini, membayar insurans kereta boleh menjadi mudah dengan hanya melalui online sahaja.

Semuanya berada dihujung jari kita tanpa perlu lagi ke pejabat insurans atau bertemu dengan ejen mereka.

Tapi tidak semua orang tahu bagaimana untuk berurusan secara online. Mungkin masih ada yang ragu-ragu tentang ketelusan di online dan risau kena scam.

Atau mungkin memang tidak tahu bagaimana untuk bermula.

kali ini saya kongsikan 5 panduan mudah bayar insurans kereta secara online. Jom baca.

CARI PERKHIDMATAN PERBANDINGAN INSURANS ONLINE – bjak.com

Ada banyak cara untuk membayar insurans kereta secara online. Salah satunya adalah mencari platform yang menawarkan perkhidmatan perbandingan insurans.

Jika anda memilih platform lain pun tiada masalah. Anda juga boleh secara terus melayari website insurans yang anda suka.

Cuma, anda tidak akan dapat membuat perbandingan dengan syarikat insurans yang lain.

Untuk ini, saya syorkan anda memilih bjak.com. Saya secara peribadi sudah berurusan banyak kali mengunakan platform ini.

So, ia satu platform yang boleh dipercayai dan diyakini. Insyaallah.

LAYARI WEBSITE BJAK.COM

Anda boleh terus layari website bjak.com. Dipaparan skrin anda akan dapat melihat pilihan antara car insurance, atau motor insurance.

Klik car insurance untuk urusan insurans kereta.

Selain daripada website, bjak.com juga boleh dicapai melalui facebook dan what app.

So, sama seperti website, anda hanya klik pada pautan bjak.com, dan ikut segala arahan yang diberikan.

KLIK ‘GET FREE QUOTE’

Selepas anda memilih car insurance, anda boleh klik pula ‘get free quote’.

Selepas itu, anda diminta untuk melengkapkan segala maklumat yang dipaparkan.

Isi sahaja maklumat yang diberikan. Pastikan apa sahaja yang diisi adalah benar dan tepat.

PILIH INSURANS KERETA YANG ANDA MINAT

Selepas itu, anda akan dibawa melihat senarai maklumat insurans yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans kereta.

Baca setiap detail tawaran yang diberikan. Untuk makluman anda, setiap insurans kereta itu berbeza dari segi harga dan tawaran.

Anda kena memilih mana yang anda mahu dan mengikut kemampuan.

Bagi yang prefer perlindungan yang premium, bayarannya juga akan tinggi. Bagi yang mahukan bayaran rendah, mungkin ada beberapa item yang tidak akan dilindungi insurans.

Terpulang kepada kebijaksanaan anda.

BAYAR ONLINE DAN SELESAI

Selepas anda sudah confirm insurans yang dipilih, ikut segala arahan untuk proses pembayaran online.

Pastikan anda mempunyai akaun bank online.

Bila sudah selesai urusan transaksi bank, maka selesai sudah urusan insurans kereta anda.

Anda cuma perlu tunggu cover letter yang akan di email oleh syarikat insuran terbabit.

Selepas itu, anda sudah boleh ke kaunter JPJ berdekatan untuk urusan pembaharuan roadtax.

KESIMPULAN

Dengan hanya beberapa langkah, anda sudah boleh menjimatkan banyak masa. Tidak perlu lagi kusut memikirkan insurans kereta selepas ini.

Semuanya anda boleh lakukan sendiri, dimana sahaja anda berada.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *