5 PANDUAN MEMBELI KERETA RECOND

5 panduan membeli kereta recond

Ramai rakyat Malaysia yang membeli kereta recond.

Kereta recond (reconditioned vehicle) merupakan antara pilihan ramai yang sentiasa mendapat permintaan.

Kereta ini kebanyakkan di bawa masuk dari Eropah dan Jepun.

Ia bukanlah kereta baru. Sebaliknya, sudah berusia 5 tahun dan ke atas. Pendek kata, ini adalah kereta second hand.

Realitinya, masih ramai yang masih kurang faham tentang kereta recond ini.

Saya kongsikan sedikit pengalaman dan panduan daripada saya membeli kereta recond untuk para pembaca.
Semoga memberi manfaat kepada semua.

BUAT KAJIAN

Sebelum membeli sesebuah kenderaan, buat sedikit kajian di internet terlebih dahulu.

Kaji tentang spesifikasi, model, review pengguna dan apa sahaja mengenai model yang anda mahu beli.

Anda juga boleh cari review model yang anda mahu di youtube. Ramai youtuber yang boleh anda jadikan rujukan, dalam dan luar negara.

Ini memastikan anda tidak mudah ditipu oleh jurujual, dan ada basic knowledge sebelum anda hadir ke tempat jualan.


JOIN GROUP ATAU PAGE

Saya syorkan anda join group Whatapp atau Telegram / join page di Facebook.

Pilih page atau group yang aktif.

Biasanya, pemilik kenderaan yang sedia ada akan berkongsi pengalaman pemilikan model kenderaan yang anda suka.

Dari sini, kita akan mendapat pelbagai info, seperti alat ganti, kerosakan, dan sebagainya.

Ini akan membuatkan anda bersedia lebih awal, mental dan fizikal.

PANDU UJI KERETA

Ambil peluang untuk pandu uji kereta tersebut. Lebih baik bawa bersama rakan lain yang pakar mengenai kereta. Contohnya, bawa bersama seorang mekanik.

Mungkin boleh pinjam kereta, jika ada rakan atau kenalan yang mempunyai model kereta yang sama.

Anda juga boleh menyewa model kereta yang sama menerusi syarikat kereta sewa. Bolehlah pandu uji lama sikit.

AMBIL GAMBAR KERETA

Apabila anda pergi melawat kereta, ambil seberapa banyak gambar dalam dan luar kereta.

Ambil dari pelbagai sisi, dan pastikan anda sudah periksa seluruh tubuh badan kereta.

Ini dapat membantu anda untuk melihat dengan lebih jelas samada ada calar atau tiada.

Boleh jadikan sebagai bukti dan perbandingan sekiranya kereta sudah diperbaiki.

PERIKSA LAPORAN DARI JEPUN

Jika membeli recond dari Jepun, pastikan anda mendapatkan laporan asal dari Jepun.

Bagaimana? Ada beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Boleh cari di online. Antaranya Scrut.

Ini memastikan kita mendapat info kondisi yang sebenar sebelum kereta di hantar Malaysia.

Ada kes kenderaan mengalami kerosakan sebelum dijual di Malaysia. Ada juga yang diberi gred rendah dek kerana kualiti yang tidak berapa baik.

Namun, diperbaiki dan dijual dengan harga pasaran.

Nasihat saya, pembeli perlu tahu semua perkara ini sebelum membeli kereta reckond.

Jadilah pembeli yang bijak.

2 thoughts to “5 PANDUAN MEMBELI KERETA RECOND”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *