5 PANDUAN MENULIS ARTIKEL YANG ORANG AKAN BACA

5 PANDUAN MENULIS ARTIKEL YANG ORANG AKAN BACA

Menulis adalah minat saya. Berkongsi ilmu, cerita dan pengalaman adalah adalah passion saya.

Tahun ini genap 9 tahun saya berkecimpung dalam dunia penulisan di atas talian. Bukan mudah untuk terus kekal menulis sampai tahap ini.

Sehingga sekarang pun, masih banyak benda yang perlu saya pelajari dan perbaiki.

Cabaran memang banyak, walaupun nampak mudah. Antaranya ialah perubahan teknologi dan citarasa pembaca yang semakin mencabar.

Alhamdullilah, untuk artikel kali ini, khas untuk pembaca yang berminat untuk menghasilkan artikel. Berikut saya kongsikan 5 panduan yang sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan. Jom baca.

TOPIK YANG SAYA SUKA, ORANG SUKA

Ketika mula-mula menulis dahulu, saya banyak menulis artikel yang saya suka sahaja.

Namun, selepas beberapa tempoh, baru saya faham bahawa bukan semua yang saya tulis, orang akan baca.

Akibatnya, artikel saya kurang mendapat perhatian. Sebab itu, penting untuk kita tahu siapa pembaca kita, dan apa pembaca mahu baca.

ARTIKEL RINGKAS DAN PADAT

Artikel perlulah ringkas, tapi padat dengan maklumat yang kita mahu sampaikan. Tak perlu menulis panjang berjela.

Ingat, pembaca bukan mahu membaca karangan. Mereka cuma mahu membaca point penting sahaja.

Biar simple, tapi sampai.

BAHASA MUDAH FAHAM

Penggunaan bahasa juga perlu lebih santai dan mudah dihadam.

Tak perlu gunakan bahasa yang level tinggi. Ingat, pembaca terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Makin sukar dibaca, makin banyak masa yang diperlukan untuk membaca. Ini akan mempengaruhi pembaca.

Kecuali, jika topik kita mungkin fokus kepada isu berat yang memerlukan penggunaan bahasa yang sesuai.

TOPIK ARTIKEL YANG MALAR SEGAR

Seperti juga lagu raya lama yang sentiasa kita dengar ketika musim raya, begitu jugalah isi topik yang mahu kita tulis.

Pastikan ia sesuatu yang bersifat malar segar. Orang senantiasa mencari dan tak bermusim.

Antara contoh artikel yang saya maksudkan ialah seperti panduan, tips, kaedah dan sebagainya.

TERUSKAN MENULIS ARTIKEL

Jangan pernah bosan untuk menulis. Banyakkan membaca. Istiqamah.

Jika 3 perkara ini anda pegang, insya Allah anda akan dapat menghasilkan penulisan artikel yang menarik dan konsisten.

Jika stress atau buntu idea, ambil masa untuk berehat. Menulis haruslah dalam keadaan tenang dan santai.

KESIMPULAN

Menghasilkan satu penulisan yang menarik, memang mengambil masa. Sebab itu, jika anda sudah berjinak-jinak dalam bidang ini, teruskan dan jangan hanya seperti hangat-hangat taik ayam.

Menulis ini seperti karya seni. Cantik hasilnya, orang akan tertarik.

Artikel yang memberi manfaat kepada orang lain, sangat besar ganjarannya khususnya sebagai saham akhirat kita. Insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *