5 PANDUAN PROMOSIKAN CATUR DI SEKOLAH

5 panduan promosikan catur di sekolah

Catur atau chess. Satu perkara yang saya suka tentang catur ialah ia adalah permainan yang melatih minda untuk berfikir.

Kita mungkin boleh melahirkan generasi yang hebat dalam akademik.Tetapi, belum tentu bijak dalam berfikir.

Catur adalah tentang berfikir untuk membuat keputusan, berlandaskan strategi, logik dan koordinat. Sebab itu, ramai dikalangan pemain catur juga bijak dalam matematik.

Namun, tahap keminatan terhadap sukan permainan ini masih belum cukup meluas dikalangan budak sekolah.

Kali ini, khas untuk para guru dan pencinta catur, saya cadangkan 5 cara bagaimana untuk mempromosikan catur di sekolah. Jom baca.

TUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN

Banyak sekolah sudah mempunyai kelab atau persatuan. Tetapi masih banyak juga yang masih belum ada.

Jika belum ada, saya syorkan untuk tubuhkan kelab dahulu. Jika tak dapat tubuhkan kelab, sekurang-kurangnya bina satu pasukan atau chess team.

Fokus dalam kumpulan kecil terlebih dahulu.

LATIHAN TERSUSUN

Catur, seperti juga sukan dan permainan lain, perlukan latihan. Buat jadual latihan dengan tersusun dan berterusan. Bukan hanya sekadar one off sahaja.

Jika dapat, jemput jurulatih atau pemain profesional dari luar untuk memberi bengkel latihan intensif.

Dedahkan murid-murid dengan pelbagai teknik dan kemahiran supaya level permainan mereka dapat ditingkatkan.

Latihan secara online juga boleh dijadikan sebagai pilihan. Antara website yang terkenal seperti chess.com dan lichess.

LOGO, MOTO DAN BAJU

Bila cerita pasal promosi, ia adalah tentang marketing. Kaedah bagaimana hendak menarik sebanyak mungkin minat dan penyertaan dikalangan murid.

Cipta satu logo yang menarik. Tak perlu logo yang complicated. Cukup ia manarik dan minimalis. Begitu juga dengan moto.

Dan paling penting, baju kelab. So, bila setiap kali perjumpaan atau pertandingan, pakaian yang seragam dan cantik, dapat menarik perhatian terhadap pasukan anda.

PERTANDINGAN DAN PERSAHABATAN

Bila sudah cukup latihan, dedahkan murid dengan mengikuti pertandingan catur.

Murid-murid akan excited untuk join mana-mana tournament, lebih-lebih lagi jika melibatkan satu pasukan.

Guru juga boleh aturkan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah lain, sekaligus mewujudkan gabung jalin yang baik.

Ataupun, boleh mulakan dahulu dengan pentandingan dalaman sekolah.

Bila kelab aktif dengan aktiviti sebegini, secara tidak langsung ia juga salah satu promosi untuk menarik minat murid yang lain untuk turut serta.

AKTIFKAN MEDIA SOSIAL

Penggunaan media sosial adalah medium paling popular dalam mempromosikan catur dikalangan murid, terutamanya tik tok dan instagram.

Aktifkan akaun kelab dan jadikan segala aktiviti kelab sebagai content utama.

Promosikan dikalangan murid-murid untuk follow akaun kelab dan pastikan, share keseberapa banyak rakan mereka.

KESIMPULAN

Menjadikan permainan catur sebagai piihan dikalangan murid-murid mendatangkan banyak kebaikan. Selain bagus untuk latihan minda, ia juga dapat membantu mengurangka ketagihan kepada permainan atas talian.

Semoga 5 cara ini dapat memberikan idea dalam membantu mengembangkan lagi catur di peringkat sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *