5 PANDUAN SUAMI MEMILIH HADIAH UNTUK ISTERI

5 panduan suami memilih hadiah untuk isteri

Ramai para suami di luar sana masih mencari-cari tips dan panduan untuk memilih hadiah untuk isteri yang tercinta. Artikel ini memang untuk anda.

Suami juga pastinya mahukan isteri mereka sentiasa rasa dihargai agar ikatan perhubungan kekal erat.

Isteri yang bahagia dan happy, akan pasti membuatkan suami sentiasa tersenyum.

Hadiah biasanya diberikan pada hari-hari penting seperti hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan, dan sebagainya. Boleh jadi pada ketika hari isteri anda merajuk.

Saya kongsikan 5 panduan khusus untuk suami-suami hebat. Semoga memberi manfaat.

KENALPASTI MINAT ISTERI

Kenalpasti terlebih dahulu apa yang isteri anda minat.

Tidak semua isteri mempunyai minat yang sama, walaupun kebanyakkannya hampir sama. Ada yang minat makan nasi, ada minat makan mee.

Jika sudah tahu, mudah untuk kita senaraikan apa yang sesuai mengikut minat isteri.

Jangan sesekali hadiahkan benda yang kurang diminati.

Ini akan memberi persepsi yang anda kurang ambil serius tentang dirinya.

HADIAHKAN BARANG YANG PERLU

Suami juga kena tahu apa benda yang menjadi keperluan semasa untuk dijadikan hadiah.

Benda tersebut mungkin belum ada atau sudah rosak, atau mungkin perlu di upgrade.

Sebagai contoh, isteri rosak handphone. So, suami kena faham bahawa handphone adalah keperluan masa itu.

Sesuatu hadiah itu akan menjadi lebih bernilai sekiranya ia benda yang diperlukan.

NILAI SENTIMENTAL

Hadiah yang mahal, tidak semestinya baik. Begitu juga sebaliknya.

Mungkin ada benda yang mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri.

Cari benda yang ada nilai tersebut.

Jika kita dapat hadiahkan benda tersebut, hadiah itu menjadi sangat besar di mata seorang isteri.

HARGA YANG MAMPU

Ya, harus mengambil kira faktor harga. Bukan semua suami yang berduit.

Suami harus memilih hadiah mengikut kemampuan, dan bukan kehendak semata-mata.

Jangan sampai meminjam duit hanya untuk membuat isteri anda teruja.

Rancang pembelian sebaiknya. Tidak salah jika suami mula menyimpan duit dan digunakan untuk membeli hadiah.

Pasti, isteri anda akan menghargainya.

MENARIK TERTARIK

Pastikan packaging hadiah itu menarik. Penting membuatkan isteri anda teruja pada pandangan pertama.

Curi saat itu dengan sebaiknya.

Berikan packaging atau balutan hadiah yang paling menarik pernah anda buat seumur hidup

Tidak kisahlah apa pun hadiah itu.

Jangan lupa, nanti ceritakan juga betapa bersungguhnya anda mempersembahkan hadiah tersebut.

Pasti isteri pasti akan tersenyum lebar.

p/s :

Baca juga artikel saya mengenai topik hadiah untuk isteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *