5 PANDUAN TEBUS MATA GANJARAN BONUSLINK

5 PANDUAN TEBUS MATA GANJARAN KAD BONUSLINK DI SHELL

Bagi pengguna minyak Shell, anda mungkin tidak asing dengan penggunaan kad bonuslink. Banyak manfaat kita boleh perolehi apabila menggunakan kad ini.

Sambil mengisi minyak, dapat juga anda mengumpul mata ganjaran. Setiap mata ganjaran yang dikumpul, boleh ditebus untuk mendapatkan barangan yang terdapat di Shell.

Selain stesen minyak Shell, terdapat juga pasaraya yang menawarkan penggunaan kad bonuslink. So, anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengumpul mata.

Kali ini, saya kongsikan panduan untuk anda tebus mata ganjaran bonuslink di Shell.

DAFTAR DAN AKTIFKAN KAD

Pertama sekali, untuk yang belum mempunyai kad, daftarkan dan aktifkan terlebih dahulu kad anda.

Ada beberapa cara nak daftar. Pertama, pendaftaran secara online di website bonuslink. Klik halaman mambership application dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Selepas submit pendaftaran, tunggu beberapa minggu untuk kad bonuslink sampai ke rumah.

Satu lagi cara, daftar di stesen minyak Shell dan isi borang pendaftaran di kaunter.

Boleh juga daftar menerusi aplikasi mudah alih di Android atau iOS.

GUNAKAN KAD BONUSLINK

Setelah mendapatkan kad bonuslink, anda boleh terus menggunakannya di stesen minyak Shell atau pasaraya yang berkaitan.

Sentiasa pastikan, keluarkan kad bonuslink dan berikan kepada staff ketika membuat sebarang pembayaran di kaunter.

Ini bagi mengoptimumkan penggunaan kad bonuslink untuk proses pengumpulan mata ganjaran.

FAHAMI TERMA DAN SYARAT KAD BONUSLINK

Sebagai pengguna, wajar untuk mengetahui apa yang terkandung dalam kad anda.

Sekurang kurangnya, anda tahu fungsi dan kegunaan kad yang anda gunakan.

Boleh baca link ini untuk lebih mendalami terma dan syarat.

SEMAKAN MATA GANJARAN

Setelah menggunakan kad bonuslink, anda boleh menyemak mata ganjaran ke akaun bonuslink anda.

Samada melalui aplikasi mudah alih atau website bonuslink.

Berikut adalah struktur mata ganjaran bonuslink :

Struktur Mata Ganjaran BonusLink adalah seperti berikut: 

1 Liter minyak Shell = 1 Mata Ganjaran
Pakej ‘Lubricants’ dan ‘Helix Service’ RM1 = 1 Mata Ganjaran

Di samping itu, anda juga akan menerima Mata Ganjaran Tambahan berdasarkan pembelian minyak bulanan anda:

Pembelian Bulanan (Liter)Mata Ganjaran Tambahan
>500150
251 – 50075
125 – 25025
sumber : Shell Malaysia

PENEBUSAN MATA GANJARAN

Apabila mata ganjaran yang dikumpul sudah cukup, anda boleh dapatkan pelbagai barangan dan hadiah menarik.

Bolehkah gunakan mata ganjaran untuk ditebus dengan minyak? Jawapannya ya, boleh.

Datang ke stesen minyak Shell yang berhampiran dan bawa kad bonuslink bersama.

Anda boleh ikuti laman facebook rasmi bonuslink untuk mengetahui promosi terkini.

KESIMPULAN

Saya sudah memiliki kad bonuslink ini lebih dari 10 tahun. Banyak kebaikan yang kita boleh perolehi dengan memiliki kad ini.

Selagi anda mengisi minyak di Shell, jangan lupa untuk swipe sekali kad bonuslink.

Cukup mata, terus tebus mata ganjaran bonuslink anda.

Semoga penulisan ini memberi manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *