5 PERKARA BENAR MENJADI PENYOKONG LIVERPOOL

5 perkara menjadi penyokong liverpool

Menjadi peminat pasukan bola sepak Liverpool. Atau penyokong Liverpool.

Anda hanya perlu 2 benda. Setia dan sabar.

Setia bukan hanya ketika menang, tetapi ketika bergelut dengan prestasi a.k.a kalah.
Sabar bukan hanya ketika kalah, tetapi mendengar dan membaca makian daripada team lawan.

LIVERPOOL antara kelab bola sepak yang paling saya minati sejak bangku sekolah rendah lagi. Lebih tepat, sejak tahun 1995.

Ketika itu, Liverpool ditewaskan oleh sebuah lagi kelab seterunya, Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA. Dek kerana ia kalah, menjadi asbab mengapa saya meminati kelab bola sepak ini.

Tahun ini, genap hampir 26 tahun saya menjadi antara peminat fanatik Liverpool.

Perjalanan panjang ini sebenarnya banyak mematangkan saya untuk lebih menghargai apa sahaja yang saya minati dalam hidup ini.

So, kali ini saya kongsikan 5 perkara yang saya perolehi semenjak bergelar ‘Liverpool Fan’.

SETIA PADA YANG SATU

Meminati kelab bola sepak bukan hanya sekadar kisah menang atau kalah. Ia lebih mengenai tentang kesetiaan dan kepercayaan.

Seperti kelab bola sepak yang lain, Liverpool melalui pelbagai tempoh zaman kejayaan dan kegelapan.

Kali pertama saya merasai kejuaraan European Champions League sebagai Liverpool fan ialah pada tahun 2005, ketika menewaskan AC Milan di Istanbul. Saya menunggu sehingga tahun 2019, apabila Liverpool sekali lagi berjaya memenangi kejuaraan ini di Madrid.

Setahun kemudian, Liverpool berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris. Kejayaan yang saya tunggu sejak tahun 1995.
Benar orang tua kata, setia itu sangat mahal harganya

KING OF COME BACK

Tidak lengkap kisah Liverpool jika tidak bercerita tentang ‘come back’.

Buka sekali, tetapi banyak kali Liverpool telah membuat sejarah come back.

Lihat sahaja perlawanan akhir liga eropah 2005. Ketinggalan 3-0 separuh masa pertama, kemudian menyamakan kedudukan dalam tempoh masa 6 minit di masa kedua. Sebelum memenangi penalti.

Selebihnya, biarlah sejarah yang bercerita.

YOU’LL NEVER WALK ALONE

You’ll never walk alone, atau YNWA adalah kalimah keramat untuk pasukan Liverpool.

Ia juga adalah lagu rasmi untuk kelab ini. Mendengar lagu ini dikumandangkan di stadium ketika perlawanan, sudah cukup untuk menaikkan satu vibe yang sangat hebat.

Lirik lagu ini sangat positif dan memotivasikan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Saya membesar dengan irama dan lirik lagu ini. Saya menyaksikan banyak moment indah bersama lagu ini.

Bagi sesiapa yang belum pernah mendengar lagu ini, tidak rugi meluangkan beberapa minit anda untuk merasai apa yang saya maksudkan.

MEMUPUK SIKAP SUKA MEMBACA

Apa kaitan liverpool dan membaca?

Jangan hairan atau terkejut. Meminati Liverpool membuatkan saya selalu inginkan update terkini, khususnya laporan atau berita dari England.

Secara tidak langsung, saya melayari dan membaca banyak portal berita online dari sana.

Antara laman berita sukan saya selalu saya follow ialah seperti The Mirror, The Guardian, dan banyak lagi.

Secara tidak langsung juga, ia banyak memperbaiki kemahiran bahasa inggeris saya.

STEVEN GERARD

Saya membesar menjadi penyokong Liverpool bersama-sama dengan nama ini. Siapa tidak kenal dengan Steven G, kapten lagenda Liverpool.

Selain hebat dengan sepakan kencang dan skill di atas padang, satu perkara saya belajar daripada beliau ialah mengenai kepimpinan.

Anda tidak perlu memberitahu orang lain yang anda adalah seorang pemimpin yang baik. Buatlah sesuatu dengan sehabis baik. Orang lain pasti akan mencontohi anda.

Itulah erti pemimpin.

Lead by example.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *