5 PERKARA PERLU TAHU SEBELUM BELI PETI SEJUK

5 perkara perlu tahu sebelum beli peti sejuk

Kali ini, cerita peti sejuk lagi. Sebelum beli peti sejuk, ada perkara yang perlu dipertimbangkan sedalamnya supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Maklumlah, harga untuk satu peti sejuk tidaklah murah. Bergantung kepada keinginan dan kemahuan kita.

Ia juga biasanya digunakan untuk tempoh yang lama, sekurangnya untuk tempoh 10 tahun.

Kali ini saya kongsikan 5 perkara yang perlu dipertimbangkan dan diambil kira sebelum membuat sesuatu pembelian peti sejuk. Jom baca.

ENERGY STAR

Mengikut kajian, 17 peratus daripada keseluruhan bil elektrik bulanan rumah adalah menerusi penggunaan peti sejuk.

Sebab itu, penting untuk beli peti sejuk yang jimat tenaga elektrik. Teknologi terkini yang terdapat pada peti sejuk mampu menjimatkan penggunaan tenaga.

Stiker rating bintang yang terdapat pada pada dinding peti sejuk menunjukkan tahap penjimatan elektrik. Makin tinggi bintang, makin jimatlah tenaganya.

SAIZ DAN KAPISITI

Tujuan utama orang membeli peti sejuk adalah untuk menyimpan minuman, makanan dan barang dapur.

Jadi, sebelum membeli peti sejuk, pastikan anda tahu berapa ramai yang tinggal dalam rumah. Kalau anda mempunyai keluarga yang besar, dapatkan peti sejuk yang memiliki kapisiti yang besar. Bersesuaian dengan keperluan anda.

Lihat juga ruangan di mana anda hendak letak peti sejuk. Pilih saiz yang sesuai dengan ruangan yang anda pilih.

Ingat, saiz yang besar memerlukan ruangan yang besar. Jika tidak, ia akan memakan ruang dan menjadikan bilik anda sempit.

STYLE DAN TEKNOLOGI TERKINI

Rekabentuk dan teknologi sesebuah peti sejuk juga antara perkara yang biasanya diberikan perhatian pembeli.

Pelbagai jenis pilihan terdapat di pasaran. Ada peti sejuk 1 pintu, 2 pintu ddan 4 pintu. Bergantung kepada citrasa pembeli.

Kebanyakan produk juga memiliki teknologi yang terkini. Saya syorkan anda pilih yang ada teknologi inventor yang membantu menjimatkan tenaga elektrik.

REVIEW DARIPADA PEMBELI

Pengalaman sebenar daripada mereka yang sudah menggunakan peti sejuk sangat crutial dalam mempengaruhi pembeli.

Bukan sahaja membaca, anda boleh menonton review daripada media sosial seperti youtube atau tik tok.

Ini sangat membantu dalam proses pilih ddan beli peti sejuk.

PROSES PENGHANTARAN

Tidak semua penjual menawarkan proses penghantaran percuma. Biasanya, pembeli akan dikenakan sedikit bayaran bergantung kepada jarak penghantaran.

Ini juga antara yang perlu diambil kira oleh pembeli.

Saya syorkan anda memilih bagi yang menawarkan sekali penghantaran. Mereka akan hantar, angkat dan terus letak di kedudukan yang kita mahukan dalam rumah nanti.

Jimat masa dan tenaga anda.

KESIMPULAN

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan membeli nanti.

Apapun, tepuk dada, tepuk poket, tengok budget.

Selamat membeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *