5 PERKARA TENTANG PEWANGI KERETA MANEES ‘HONEYDEW’ DAN ‘PEACH’

5 perkara tentnag pewangi kereta manees honeydew dan peach

Baru-baru ini saya berpeluang untuk menggunakan 2 jenis pewangi kereta Manees iaitu perisa honeydew dan peach.

Pewangi ini saya beli sendiri menerusi Shopee, dan telah menggunakannya di kereta saya sendiri untuk tempoh beberapa minggu.

Jujurnya, sebelum membeli produk ini, saya tidak pernah tahu kewujudan brand ‘manees’ ini. Kenal pun hanya setelah membuat reseach pewangi-pewangi kereta di pasaran. Itu pun secara kebetulan.

Saya pun membeli 2 jenis perisa yang mendapat permintaan tinggi, iaitu ‘peach’ dan ‘honeydew’, untuk saya review dan gunakan seharian.

Selepas beberapa minggu menggunakannya, ada perkara menarik yang ingin saya kongsikan. Jom baca 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai 2 jenis pewangi daripada ‘Manees’.

WANGI SEMANIS NAMANYA

Nama ‘manees’ itu sebenarnya sudah cukup menggambarkan perasaan selepas pertama kali menghidu pewangi ini.

Memang wanginya cukup manis dan sedap, walaupun sedikit kuat, tapi boleh dilaraskan.

Terima kasih kepada rekaan penutup yang boleh dilaras mengikut kehendak kita. Tidak semua orang sukakan bau yang kuat.

Wangiannya agak bertahan lama, jika dibandingkan dengan pewangi kereta yang banyak dijual di pasaraya.

HONEYDEW LEBIH KUAT, PEACH MENENANGKAN

Bau ‘honeydew’ agak kuat berbanding ‘peach’. Ia sangat sesuai untuk yang gemarkan wangian manis dan tajam.

Mulanya saya kurang suka, tapi lama-kelamaan saya jatuh cinta dengan bau buah tembikai susu ini.

Bahkan, pewangi ini juga sesuai untuk diletak di ruang makan atau dapur rumah.

‘Peach’ pula agak sedikit lembut. Jujur, saya suka bau ‘peach’. Walaupun saya suka makan buah honeydew.

Sesuai kalau mahukan suasana yang tenang, dengan wangian yang soft.

REKAAN BEKAS YANG KURANG MENARIK

Untuk satu jenama pewangi kereta kekal relevan dalam pasaran, selain daripada wangiannya, packaging sangat memainkan peranan.

Ada customer melihat rekaan menarik sebelum membeli sesuatu produk.

Mungkin bekas yang diperbuat daripada plastik membuatkan ia kelihatan kurang premium. Pelekat yang mengandungi maklumat produk juga agak simple. Mungkin juga faktor kos.

Namun, saya tertarik dengan penggunaan frasa seperti ‘enjoy the honeydew of slumber’ dan ‘life is as peachy as you make it’. Saya suka.

TIADA LAGI RISIKO PEWANGI TUMPAH

Pewangi jenis ini adalah berdasarkan fibre, bukan cecair. So, tidak akan timbul isu tertumpah di dashboard atau permukaan kereta.

Cuma mereka ada pengalaman bagaimana perasaanya apabila pewangi cecair tertumpah di atas dashboard kereta. Memang boleh bikin menangis dibuatnya.

So, dengan ‘Manees’, masalah seperti itu tidak akan berlaku.

Ia juga ringan, dan saiznya yang kompak memudahkan ia diletakkan di mana sahaja ruangan yang anda suka.

SOKONG PRODUK BUATAN MALAYSIA

Saya suka menulis review seberapa banyak produk buatan Malaysia. Asalkan ia menepati standard, berkualiti, dan berbaloi untuk digunakan.

Saya yakin jika pewangi kereta ‘Manees’ ini mempunyai marketing yang baik, ia boleh memberi saingan kepada jenama-jenama lain sudah ada nama dipasaran.

Selebihnya, adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyokong produk keluaran tempatan.

Ada rezeki, saya akan review lagi pewangi-pewangi lain dari brand Manees ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *