5 PERKARA TENTANG SUSU NILOFA BERPERISA KURMA DAN PISANG : CERITA JUJUR SAYA

5 PERKARA TENTANG SUSU NILOFA BERPERISA KURMA DAN PISANG : CERITA JUJUR SAYA

Bila kali terakhir anda minum susu?

Kali ini saya nak cerita tentang satu jenama susu yang bukan sahaja berperisa pisang, tetapi sekali dengan rasa kurma. Susu Nilofa.

Jujurnya, saya kurang gemar minum minuman susu.

Saya diberitahu yang produk ini mendapat permintaan tinggi khususnya semasa bulan Ramadhan baru-baru ini. Ramai juga sudah menjadi agen kepada produk ini.

Selepas meminum produk ini, saya pun mula mencari maklumat-maklumat berkaitan. Ada beberapa perkara saya akan kongsikan untuk anda baca.

Berikut, 5 review jujur saya tentang produk ini. Selamat membaca.

PACKAGING YANG MENARIK DAN MINIMALIS

Saya suka dengan cara produk ini dibungkus.

Persembahan packaging yang sangat ringkas tetapi sudah cukup untuk membuatkannya menarik. Tak perlukan rekaan yang wow sangat untuk dipasarkan.

Saya juga suka dengan logo produk ini. Sangat universal dan bersifat global. Kombinasi biru dan putih sangat cantik.

Maklumat nutrisi yang dipaparkan juga jelas. Paling penting, ada logo Halal yang tertera pada kotak.

FAKTOR NEELOFA

Jika bukan kerana nama pemiliknya ialah Neelofa, produk ini mungkin mengambil sedikit masa untuk dikenali di pasaran. Pasti impak jualannya juga tidak sama.

Begitulah hebatnya penangan Neelofa. Satu figura yang mempunyai ramai pengikut di Malaysia.

Betapa besarnya faktor pengaruh seseorang seperti Neelofa sehingga apa sahaja produk yang menggunakan namanya, pasti akan laku keras.

Ini memudahkan kerja team marketing untuk memasarkan produk ini.

SAYA TAK SUKA RASA MANIS

Pada saya rasanya agak manis. lebih manis daripada level manis yang biasa saya minum. Mungkin kerana kandungan perisa pisang dan kurma.

Jika dilihat daripada maklumat nutrisi yang terdapat dibungkusan produk ini, kandungan jumlah gula untuk satu peket minuman 200ml ialah 13.8g.

Saya cadangkan agar dikeluarkan satu lagi versi ‘less sugar’. Sekurang-kurangnya ia membeli pilihan kepada pengguna.

Ia secara tidak langsung mempromosikan gaya pemakanan yang lebih sihat kepada rakyat Malaysia.

KOMBINASI PERISA PISANG DAN KURMA YANG SEIMBANG

Baik, abaikan seketika rasa manisnya. Kombinasi antara rasa susu, pisang dan kurma cukup seimbang.

Tekstur minuman juga kelihatan pekat dan sangat menyelerakan.
Memang sangat memenuhi selera kebanyakkan anak muda sekarang.

Minuman ini akan lebih enak dan menyegarkan jika diminum ketika sejuk.

BERBALOI UNTUK DIBELI?

Untuk mereka yang diet pengambilan gula seharian, produk ini juga mungkin bukan untuk anda jadikan sebagai amalan. Sekali sekala boleh la.

Dari segi harga, jika anda sekadar nak rasa susu berperisa pisang, ada banyak lagi produk dipasaran yang dijual dengan harga yang lebih murah.

Harga untuk susu Nilofa ini agak mahal bagi saya. Untuk satu paket kecil 200ml, harganya mencecah RM6 lebih.

Adakah ia berbaloi untuk dibeli? Ya jika mahukan hidangan lifesyle yang terkini, dan suka mencuba sesuatu yang baru.

KESIMPULAN

Membeli produk ini juga secara tidak langsung menunjukkan sokongan kita kepada produk-produk bumiputera.

Dengan segala penawaran yang diberikan daripada pelbagai aspek, susu berperisa pisang dan kurma keluaran Nilofa ini masih lagi merupakan pembelian berbaloi.

Tepuk dada, tanya selera. Cuba dulu, baru tahu.

Apa pula pengalaman anda selepas meminum susu ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *