5 RAHSIA MENULIS BLOG YANG MENARIK RIBUAN PEMBACA

5 rahsia menulis blog yang menarik ribuan pembaca

Tahukah anda rahsia menulis blog yang mampu menarik ribuan pembaca? Saya kongsikan pengalaman saya sendiri yang pastinya bermanfaat untuk dibaca.

Walaupun trend sekarang, orang suka ke arah saluran video seperti Youtube. Namun, blog tetap relevan.

Blog pada asasnya mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Sama seperti Youtube.

Orang masih dan terus mencari maklumat secara bacaan.

Untuk menjadikan sesebuah blog itu menarik, asas paling penting ialah content atau isi. Namun, ada juga beberapa perkara lain yang turut tidak kurang pentingnya.

Kali ini saya ingin kongsikan 5 tips menulis blog yang menarik. Jom baca.

KEYWORD YANG TEPAT

Keyword atau kata kunci merupakan perkara utama yang perlu anda tetapkan sebelum menulis blog.

Sebagai contoh, blog anda adalah tentang makanan. Anda kena cari satu perkataan ‘keyword’ , untuk anda jadikan sebagai fokus penulisan.

Katakan lah, ‘kek durian’. Daripada ‘kek durian’ ini, anda boleh kembangkan ia menjadi satu artikel yang menarik.

Pastikan keyword bersesuaian dan tidak lari daripada niche blog anda.

TAJUK YANG MENARIK

Pemilihan tajuk yang menarik adalah sangat penting. Tajuk yang dapat menangkap perhatian pembaca untuk mengunjungi blog anda.

Pilih tajuk yang ada unsur wow atau cathcy dengan hanya sekali pandang.

Ini akan meningkat peluang pembaca untuk menekan link dan membaca artikel anda.

Sebab itu, walau hebat manapun content anda, jika tajuk tidak menarik, ia sukar menarik pembaca.

Saya bagi 2 tajuk berkaitan kek durian. Anda pilih mana yang anda rasa pembaca akan baca.

‘Cara-cara membuat kek durian’ atau ‘5 tips membuat kek durian paling sedap di Malaysia’.

PENDAHULUAN YANG PADU

Tulis 2 atau 3 ayat pendahuluan yang dapat menggambarkan artikel anda secara keseluruhan.

Ada golongan pembaca yang berminat membaca pendahuluan terlebih dahulu. Sekiranya menarik, barulah membaca sehingga habis.

Sebab itu, pendahuluan yang anda tulis sangat crutial. Cuba elak menulis sesuatu yang kurang relevan.

Terus masuk kepada content yang ingin anda sampaikan.

TULIS KESIMPULAN

Menulis kesimpulan pada setiap artikel. Pastikan kesimpulan tersebut merangkumi keseluruhan penulisan anda.

Ramai blogger yang kurang memberi perhatian dalam aspek ini.

Perlu difahami, ada golongan pembaca yang terus membaca kesimpulan, sebelum membaca isi blog anda.

Ada juga pembaca suka membaca pendapat seorang peribadi penulis menerusi kesimpulan artikel.

Tulis perkataan ‘kesimpulan’ pada perenggan akhir, untuk memudahkan pembaca.

AYAT RINGKAS DAN PADAT

Blog bukanlah satu karangan esei. Tulis artikel ringkas dan padat. Tidak panjang berjela.

Gunakan bahasa yang mudah difahami. Elakkan pengulangan ayat atau perkataan.

Pembaca biasanya membaca dengan cepat, tanpa perlu menghadam ayat-ayat yang mendalam maksudnya.

Paling penting, pastikan keyword dan content anda ‘sampai’ kepada pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *