5 REVIEW PENGALAMAN 10 TAHUN MENGGUNAKAN LAPTOP HP

5 REVIEW PENGALAMAN 10 TAHUN MENGGUNAKAN LAPTOP HP

Kali ini saya nak share cerita pengalaman saya menggunakan laptop jenama HP. Laptop yang saya gunakan sepanjang menulis artikel selama ini adalah model HP ultrabook.

Saya membeli laptop ini sekitar tahun 2012. So, usia laptop ini sudah mencecah genap 10 tahun. Ya, 10 tahun.

Laptop ini saya gunakan sebagai antara peranti utama saya sepanjang ini. Dan ada perkara menarik yang ingin dikongsikan sepanjang penggunaannya. Jom baca.

REKAAN TAHAN LASAK

Dari sudut rekaannya, laptop ini memang solid. Laptop ultrabook ini menawarkan rekaan yang nipis.

Saya kurang arif dari segi material bahan yang digunakan, tapi sepanjang tempoh 10 tahun, terbukti badannya masih ok.

Calar sana sini tu memang perkara biasa. Reka bentuknya juga evergreen, tidak kelihatan seperti sebuah laptop yang sudah berusia 10 tahun.

TIADA MASALAH HARDWARE

Saya tidak ada masalah jika melibatkan kompenan utama. Semuanya masih berfungsi dengan baik.

Skrin juga tidak ada sebarang masalah. Warnanya masih tetap padu dan cantik.

Cuma sekali sahaja saya pernah tukar cable charger. Yang lain, masih original dari kilang.

SISTEM BUNYI PADU

Untuk model laptop HP ini, ia berkolaborasi dengan jenama Beat, yang terkenal dengan kehebatan audionya.

Ini antara faktor utama mengapa saya membeli model ini memandangkan saya seorang yang banyak menggunakan visual dan audio untuk kerja harian.

Saya sangat berpuas hati dengan kualiti bunyinya. Tidak terlalu kuat, tapi sedap untuk didengar.

Surprisingly, bunyi masih ok sehingga hari ini.

KEKURANGAN DAN ISU

Agak tak logik jika saya kata tak ada masalah langsung dengan laptop ini. Masalah utamanya lebih kepada melibatkan software.

Disebabkan peredaran masa, software terkini mungkin sudah tidak dapat dibawa oleh laptop ini. Saya terpaksa menggunakan microsoft windows yang lama untuk berfungsi.

Selain itu, RAM juga agak kecil untuk menampung edisi software yang terkini. Saya terpaksa menghadkan penyimpanan data dalam laptop kerana saiz harddisk yang tidak cukup.

Apapun, laptop HP ini masih mampu menjalankan aktiviti yang tidak berat seperti menaip dan sebagainya. Faktor utama mengapa saya masih boleh menggunakannya hingga ke hari ini.

SAYA PEMINAT HP

Selain daripada laptop, saya juga mempunyai peranti lain daripada jenama HP.

Boleh dikatakan, saya menjadikan HP sebagai jenama utama pilihan saya.

Memandangkan saya sudah menggunakan laptop HP, secara tidak langsung jenama ini sudah meyakinkan saya tentang kualiti barangan mereka.

Secara peribadi, produk daripada jenama HP jarang yang mengecewakan. Memang awesome.

Satu lagi perkara yang saya suka tentang HP ialah customer servicenya yang banyak membantu.

KESIMPULAN

Bila bercerita tentang sebuah laptop, apa yang paling penting ialah bagaimana kita sebagai pengguna menggunakannya. Harga dan jenama itu adalah perkara kedua.

Sekiranya kita jaga dengan baik, insyaallah jangka hayat sesebuah produk itu dapat bertahan lama. Begitu jugalah sebaliknya.

Apapun, jadilah seorang pengguna yang bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *