5 REVIEW TELEVISYEN SMART TV HISENSE 50” A6 SIRIES

5 REVIEW TELEVISYEN SMART TV HISENSE 50'' A6 SIRIES

Baru-baru ini saya berpeluang untuk membeli televisyen smart TV daripada jenama Hisense, iaitu model A6 siries bersaiz 50 inci.

Model tahun 2023 ini anda boleh dapatkan di kedai-kedai elektronik yang berhampiran.

Tulisan ini adalah pandangan jujur saya dan pastinya tidak berbayar. Saya sendiri menggunakkannya di rumah dan digunakan setiap hari.

Selepas beberapa bulan menggunakan model ini, jom baca review jujur saya.

HARGA MAMPU MILIK

Faktor utama saya memilih model ini adalah kerana harganya yang berpatutan dan mampu milik.

Jika bandingkan dengan jenama-jenama lain dari Jepun dan Korea, anda dapat spesifikasi yang hampir sama dengan harga yang lebih murah.

Untuk model yang saya beli ini, range harga adalah dari RM1200 – RM1300, bergantung kepada lokasi, kedai dan promosi semasa.

JENAMA WORLD CUP

Jenama Hisense ini adalah antara jenama yang terkenal di China. Mungkin, nama ini masih baru di Malaysia berbanding jenama lain yang sudah lama bertapak.

Namun, kehebatan jenama ini ialah ia menjadi penaja kepada beberapa kejohanan terkenal peringkat antarabangsa, termasuklah World Cup 2023 Qatar.

Atas faktor itu, saya ada keyakinan untuk membeli jenama ini. Hebatkan kuasa penajaan. Saya pun terpengaruh olehnya.

WARRANTY

Bagi meyakinkan lagi pengguna baru seperti saya, Hisense hadir dengan warranty selama 3 tahun. Ya, 3 tahun.

Jika anda bandingkan dengan jenama lain, biasanya paling lama adalah antara 1 hingga 2 tahun, tidak termasuk warranty kedai dan luar.

Ia sudah cukup memberi keberanian untuk saya melaburkan duit untuk membeli model ini.

KUALITI

Untuk penggunaan biasa seperti saya, ia sudah lebih daripada mencukupi.

Saiznya besar, hadir dengan sistem smart tv Vidaa yang smooth dan rekaannya yang slim.

Cuma, kalau saya bandingkan kepekatan warnanya, ia agak sedikit light atau ‘kurang pekat’, compare dengan dengan model jenama Jepun atau Korea.

Mungkin itu jugalah faktor mengapa ia sedikit murah. Tapi, secara keseluruhannya, ia masih cantik dan tidak terlalu jauh bezanya.

Model ini juga mendapat penarafan penjimatan tenaga 3 bintang. Boleh tahan jimat elektriknya.

SISTEM AUDIONYA AWESOME

Satu perkara yang saya puji tentang model ini adalah sistem audionya. Anda akan menikmati pengalaman seperti menggunakan TV jenama yang mahal.

Speakernya yang kuat dan jelas, dan bunyinya surround.

Sangat sesuai untuk tengok movie dan bermain game.

KESIMPULAN

Dengan segala fungsi yang ditawarkan dengan harganya, ia satu pembelian yang berbaloi.

Adalah HISENSE smart tv ini model yang tahan dan tidak akan rosak? itu saya tidak jamin. Belilah jenama apapun, selagi ia barangan elektronik, ia tetap akan ada risiko rosak.

Apapun, ia semua bergantung kepada bagaimana kita menjaganya dan menggunakannya.

Ingat, tempoh warrantynya yang lama.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *