5 SEBAB MENGAPA ANDA MESTI CUBA MINUMAN JENAMA OSBEL

5 SEBAB MENGAPA ANDA MESTI CUBA MINUMAN JENAMA OSBEL

Teh dan kopi, antara minuman kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia, tidak terkecuali saya. Kali ini saya ingin menulis tentang satu jenama yang berbaloi untuk saya tulis dan kongsikan, iaitu OSBEL.

Kali pertama saya mencuba jenama ini ketika berada di lokasi Osbel Kingfisher, Kota Kinabalu. Tidak pasti jika produk ini terdapat di tempat lain selain Sabah.

Walaupun jenama ini mungkin tidaklah sepopular minuman lain seperti starbuck atau tealive. Namun, ia menawarkan sesuatu yang sedap dan unik, mengikut citarasa saya.

Saya kongsikan 5 perkara mengapa mengapa anda harus cuba singgah minum dan menikmati hidangan Osbel. Jom baca review saya.

SEDAP DAN BANYAK PILIHAN

Sedap itu subjektif mengikut individu. Secara peribadi, saya suka dengan rasanya. Tetap memenuhi citarasa tekak saya.

Tehnya pekat. Tidak terlampau light. Begitu juga dengan kopinya.

Menunya juga banyak pilihan selain teh dan kopi. Ada perisa coklat, green tea, dan sebagainya.

Selain minuman, Osbel turut menawarkan kek dan roti.

PILIHAN KANDUNGAN GULA

Kriteria utama saya memilih sesuatu premis minuman, jika ia menawarkan pelanggannya untuk memilih sendiri kandungan gula yang dimahukan. Osbel salah satunya.

Anda boleh pilih daripada kandungan gula normal, daripada normal sehinggalah 0 gula.

Tiada gula tidaklah bermaksud tiada rasa langsung.

kalau mahu sihat, dan nak rasa sedap, minta saja tiada gula. Bila sudah biasa minum tanda gula, anda akan rasakan perbezaannya.

VIBE

Seperti kedai minuman yang lain, Osbel turut menyediakan ruangan untuk pelanggannya duduk dan menikmati hidangan.

Sesuai bagi mereka yang sukakakan duduk minum dikedai, tetapi mahukan lokasi yang kondusif dan tenang.

Lokasi yang sangat sesuai untuk berjumpa pelanggan, ataupun dating. Vibenya yang memang santai dan moden.

PACKAGING

Saya sangat detail bab packaging. Walaupun bekas airnya tidak jauh beza dengan jenama minuman air yang lain, ia tetap memberikan sesuatu yang berlainan.

Bekas airnya yang nampak solid, dan cara bungkusannya yang unik menerusi plastik yang tersendiri.

Straw juga diberikan dan dibalut sedia dengan bungkusan kertas. Saya suka kerana nampak lebih bersih dan selamat.

HARGA MAMPU RASA

Last sekali saya nak cerita tentang harga. Tidak jauh beza dengan minuman jenama lain yang sama level. Tetapi ia tetap satu pembelian yang berbaloi.

Tidak terlalu mahal, dan terlalu murah. Yang sedang sedang saja.

KESIMPULAN

Saya rasa jenama ini boleh pergi jauh lagi untuk dikenali diseluruh Malaysia. Ia menawarkan keunikan yang tersendiri yang mampu memikat peminat minuman teh dan kopi.

Untuk yang belum pernah rasa, saya sangat syorkan untuk anda cuba beli dan nikmati rasanya.

Belum rasa, belum tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *