5 SEBAB MENGAPA KENA CUBA JAVA CHIP FRAPPUCCINO STARBUCK

5 sebab mengapa kena cuba 'java chip frappuccino strabuck'

Pernah dengar ‘java chip frappuccino starbuck’?

Sebagai seorang penggemar kopi, antara lokasi pilihan hujung minggu saya pastinya Starbuck. Starbuck menawarkan banyak menu yang sedap dan pastinya setiap orang memiliki minat tersendiri.

Maka, kali ini saya bercerita tentang menu wajib saya ini di starbuck.

Bagi yang pertama kali ke starbuck, tetapi tidak tahu minuman apa yang hendak di order, saya syorkan anda cuba menu ini.

Mengapa? Saya senaraikan 5 sebab mengapa anda harus cuba java chip frappuccino starbuck. Jom baca.

GABUNGAN RASA YANG PADU

Bagi ingin tahu bagaimana rasanya, minuman memiliki rasa seperti mocha. Ia terdiri daripada gabungan kopi, coklat, susu, kacang dan beberapa lagi campuran.

Manisnya sesedap rasa dan tidak terlalu over. Rasa pahit dihujung lidah yang buatkan ia lagi padu.

Saya suka dengan kualiti premium yang anda akan dapat bila menikmati secawan java chip frappuccino starbuck ini.

PELBAGAI PILIHAN TOPPING

Topping adalah tambahan untuk menyedapkan lagi rasa yang sediada. Anda boleh order menu ini dengan pelbagai pilihan topping.

Antara yang famous dan saya suka ialah bake almond, nuts dan whipped cream.

Untuk setiap topping yang anda tambah, harga bayaran juga akan bertambah. Tapi, secara jujurnya, ia satu tambahan yang berbaloi.

TOP SELLING

Java chip frappuccino starbuck antara top menu dan top selling. So, ini membuktikan sememangnya ia adalah satu pembelian berbaloi yang anda harus cuba.

Orang biasanya akan kerap membeli semula satu-satu menu yang sedap dan menarik. Begitu jugalah sebaliknya. Saya ada bertanya kepada beberapa customer tegar minuman ini tentang pendapat mereka.

Rata-rata menyatakan minuman ini sedap dan menu wajib yang perlu dicuba terutamanya jika pertama kali membeli minuman di starbuck.

PENGALAMAN YANG INDAH

Menikmati java chip frappuccino bukan hanya sekadar minum. Malah, ia lebih daripada itu.

Ia melahirkan satu pengalaman yang indah untuk setiap teguk minuman yang anda hirup. Mungkin ada nostagia yang membuatkan anda terkenang kisah lalu ketika menikmatinya sebelum ini.

RATING SAYA

Daripada 5, saya bagi 4.5 untuk rating. Hampir semuanya ciri-ciri memenuhi selera tekak dan citarasa saya.

Cuma, harganya agak sedikit mahal dan kayangan untuk satu minuman.

Tapi, kualiti rasa dan presentation yang anda dapat sangat berbaloi dengan harganya.

KESIMPULAN

Sebagai penggemar minuman starbuck, ada banyak lagi menu sedap yang mungkin saya boleh ceritakan pada artikel akan datang.

Namun, java chip frappuccino starbuck adalah satu masterpiece yang berada dalam kelasnya tersendiri.

Untuk mereka yang pertama kali ingin membeli minuman di starbuck, cubanya menu ini. Mungkin akan ada cerita yang boleh anda kongsikan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *