5 SEBAB ORANG SUKA KERETA RECOND

5 SEBAB ORANG SUKA KERETA RECOND

Kereta recond dari Jepun merupakan antara kenderaan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Sebab itu, perniagaan ini mampu bertahan sekalipun dalam musim pandemik ini.

Sekalipun hakikatnya, recond adalah kereta second hand, bukan kereta baru. Harganya juga agak mahal.

Tetapi, ia masih mempunyai peminat tersendiri.

Kali ini saya kongsikan 5 sebab mengapa orang suka kereta recond Jepun.

JENAMA YANG DIPERCAYAI

Semua orang tahu, jenama Jepun adalah jenama yang paling boleh dipercayai.

Antaranya, Toyota, Honda dan Nissan.

Tanpa jenama yang kukuh, agak sukar untuk orang melaburkan atau loan ratusan ribu untuk membeli satu kenderaan.

Jadi, jangan pandang rendah pada kekuatan sebuah jenama.

ALAT GANTI KERETA YANG MUDAH

Risiko membeli kereta recond memang ada. Terutamanya apabila berkait dengan kerosakan part dan yang sewaktu dengannya.

Namun, satu perkara yang membuatkan orang berani membeli ialah alat ganti yang mudah diperolehi.

Jika tidak ada jual di kedai spare part, masih boleh diperolehi di kedai-kedai potong.

Harga untuk alat ganti kereta Jepun juga tidaklah mahal. Masih mampu milik selain kualitinya tetap tip top.

Alat ganti tiruan juga banyak.

KUALITI

Apabila bercakap tentang kereta reckond Jepun, tidak sah jika tidak menyentuh tentang kualiti.

Bermula dari kualiti binaan luar dan dalam, sehinggalah ketahanan enjin.

Tidak dinafikan, ada juga kes kerosakan tertentu. Namun ia isu terpencil.

Jika mahu dibandingkan dengan kereta baru jenama Jepun yang dijual di Malaysia, kereta recond mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Tetap terasa perbezaan kualiti dan prestasinya.

TAHAN LASAK

Berkait dengan jenama yang dipercayai, ia membawa kepada faktor ketahanan sesebuah produk.

Hakikatnya, jarang kita mendengar kes kereta-kereta model ini yang mengalami kerosakan sehingga tersadai di tepi jalan.

Jika dijaga dengan baik, semestinya kereta akan mampu bertahan untuk tempoh masa yang lebih panjang.

SATU KEPUASAN

Memiliki kereta recond Jepun sebenarnya adalah satu lambang kepuasan seseorang.

Tidak semua orang mempunyai kemampuan untuk memiliki sebuah kenderaan seperti ini. Namun, masih ada model yang boleh dibeli pada harga mampu milik.

Bagi mereka yang bukan dari latar belakang keluarga yang berkemampuan, memilikinya adalah satu simbol kebanggaan. Bukan kemegahan.

Selagi ada usaha dan kerja keras, apa sahaja yang kita impikan pasti mampu dicapai, dengan izin-Nya.

P/S:

Boleh baca artikel saya tentang panduan membeli kereta recond.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *