5 TIPS MEMBELI RUMAH SUB SALE DI MALAYSIA

5 tips membeli rumah sub sale di Malaysia

Dalam suasana pandemik sekarang, tuntutan untuk membeli rumah semakin tinggi. Antara jenis rumah yang menjadi perhatian masyarakat ialah rumah sub sale.

Rumah sub sale, atau rumah yang dibeli daripada pemilik rumah, mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Cuma, pembeli kena bijak membeli. Ada faktor yang perlu diambil kira sebelum sesebuah rumah itu dibeli.

Kali ini, saya kongsikan 5 tips membeli rumah sub sale di Malaysia. Jom baca.

KEWANGAN YANG CUKUP

Pastikan, sebelum berhasrat membeli rumah, kewangan anda kukuh.

Lakukan pengiraan kasar secara kendiri dengan mengambil kira pendapatan bulanan, hutang, komitmen, dan harga rumah yang mahu dibeli.

Saya galakkan juga pembeli mempunyai simpanan untuk tujuan kecemasan. Pinjaman perumahan bank biasanya tinggi.

Ini memerlukan kebijaksaan kita untuk mengurus kewangan agar kehidupan tenang dikemudian hari.

PERIKSA KELAYAKAN ANDA

Anda boleh periksa kelayakan pinjaman perumahan anda di bank yang berhampiran.

Ini bagi mengetahui setakat mana jumlah pinjaman sesebuah bank boleh beri.

Sekaligus dapat mengetahui rumah sub sale yang mampu yang anda beli.

Pastikan juga rekod bayaran pinjaman bank sebelum ini dalam keadaan baik. Paling penting, anda tidak bankrupt atau muflis.

PERIKSA LOKASI RUMAH

Lokasi sesebuah rumah antara faktor penting membeli sesebuah rumah sub sale.

Lokasi haruslah strategik. Tidak jauh dari tempat kerja anda. Berdekatan dengan kemudahan seperti kedai, sekolah, balai polis dan hospital.

Kenalpasti juga samada lokasi itu pernah banjir atau tidak. Adakah lokasi ini sibuk dengan lalulintas.

Lihat juga kawasan kejiranan rumah. Mengkaji terlebih dahulu siapa jiran di sekitar rumah tersebut.

Semua ini perlu anda ambil kira agar bersedia sebelum membeli rumah.

PERIKSA KEADAAN RUMAH

Masuk dan periksa keadaan rumah. Pastikan setiap sudut rumah anda periksa dan ambil gambar.

Dapatkan maklumat mengenai rumah daripada tuan rumah sendiri.

Kenalpasti kerosakan yang memerlukan pembaikan.

Ingat, rumah sub sale bukanlah rumah baru. Untung sekiranya anda membeli rumah yang sedia dibaik pulih atau renovate.

LANTIK PERUNDING HARTANAH

Saya syorkan anda untuk melantik perunding hartanah atau real estate negotiator (REN) yang berdaftar.

REN akan menguruskan segala urusan berkaitan pembelian rumah. Ini termasuk urusan pinjaman dengan pihak bank, peguam, dan segala perjanjian.

Anda tidak perlu runsing memikirkan dimana anda perlu mula. REN akan membantu anda sehingga mendapat kunci rumah.

Jadilah pembeli yang bijak. Membeli rumah sememangnya satu langkah bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *