5 TIPS UNTUK BUAT DUIT MELALUI GOOGLE ADSENSE

Kali ini, saya kongsikan satu lagi cara untuk menjana pendapatan aka duit menerusi online, iaitu menerusi Google AdSense.

Bagi yang ingin menjana pendapatan menerusi website sendiri, anda harus bermula dengan mendaftar menerusi Google AdSense.

Bagaimana ia berfungsi?

Apabila Googe mengesahkan website dan segala maklumat informasi anda, website anda akan mula menerima iklan.

Menerusi iklan inilah pengiklan akan membuat bayaran berdasarkan cost-per-click. Cuma, tiada jaminan berapa banyak yang akan anda perolehi menerusi Google AdSense.

Berikut 5 tips untuk maksimumkan peluang anda untuk menjana pendapatan. Jom baca.

BINA REPUTASI WEBSITE

Perkara penting dalam Google AdSense adalah reputasi website anda itu sendiri.

Anda perlu menjadikan website itu senang untuk di akses, menghasilkan content-content yang ada value tinggi, dan menawarkan pengalaman yang positif kepada pengguna di luar sana.

Jenama dan niche website juga memainkan peranan dalam membina reputasi website anda.

FOKUS KEPADA CONTENT

Fokus kepada content yang anda mahukan. Cuba elakkan content yang bercampur baur, dan tidak khusus.

Ini akan memudahkan Google mengenalpasti pengiklan yang sesuai dan berkongsi audiens yang mempunyai minat yang sama.

Google akan menilai website anda menerusi beberapa indikator seperti keywords, untuk mengenalpasti content apa yang anda kongsikan.

TEMPAT IKLAN YANG STRATEGIK

Pastikan perletakkan iklan pada website anda mudah untuk diakses dan kebarangkalian untuk diklik oleh pengguna adalah tinggi.

Letakkan iklan pada posisi atas website supaya pengguna tidak perlu scroll ke bawah untuk akses dengan iklan.

Cuma pastikan website anda tidak terlalu dipenuhi iklan. Ia akan memberikan pengalaman yang kurang baik kepada pengguna yang mengunjungi website anda.

TINGKATKAN TRAFFIC KE WEBSITE

Memandangkan iklan Google AdSense hanya akan dibayar mengikut jumlah klik daripada pengguna, penting untuk memastikan jumlah kemasukan pengguna atau traffic ditingkatkan.

Kamu boleh tingkatkan jumlah kemasukkan traffic dengan share content secara berkala atau kerap, menggunakan media sosial dan menggunakan tekni k SEO.

IKUT GARIS PANDUAN GOOGLE

Pastikan anda ikut semua garis panduan yang telah ditetapkan oleh Google. Ada peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi menerusi Google Programme Policies.

Sekiranya dilanggar, anda akan dikenakan penalti dan ada kemungkinan akaun Google AdSense anda ditutup.

KESIMPULAN

Menjadikan Google AdSense sebagai medium untuk menjana pendapatan merupakan satu peluang yang tidak boleh disia-siakan.

Selagi ada minat dan usaha, Insya Allah pasti akan ada hasil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *