5 WEBSITE UNTUK SEDEKAH PADA HARI JUMAAT

5 website untuk sedekah jumaat

Sedekah Jumaat adalah satu amalan yang sangat dituntut dan ganjarannya berlipat kali ganda.

Selain daripada memberi sedekah di masjid ketika solat Jumaat atau amalan fizikal yang lain, satu lagi cara mudah adalah menerusi atas talian atau online.

Anda hanya perlu transfer sahaja nilai yang ingin disedekahkan kepada website atau lama sesawang badan-badan yang disedekahkan.

So, kali ini, saya senaraikan 5 website dari badan atau pertubuhan yang anda boleh salurkan sedekah anda. 5 badan ini juga adalah antara yang mendapat top dalam senarai google. Jom baca.

JOMSEDEKAH.COM

Jomsedekah.com diasaskan oleh pertubuhan Global Peace Mission Malaysia. Pertubuhan ini mula ditubuhkan pada tahun 2001 dan aktif dalam bantuan kemanusian diseluruh dunia.

Anda boleh sedekahkan serendah RM10 dengan begitu mudah. Hanya perlu klik pada ruangan nilai yang mahu disedekahkan, dan terus buat pembayaran.

Website ini juga memaparkan segala aktiviti pertubuhan dan info terkini mengenai bantuan yang mereka lakukan.

Anda juga bukan sahaja boleh bersedekah, tetapi boleh terus mendaftarkan diri sebagai salah seorang sukarelawan.

DONATION.MVM.ORG.MY

DONATION.MVM.ORG.MY diasaskan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Ditubuhkan sekitar tahun 2014, fokus kepada memperkasakan anak muda dalam aktiviti sukarelawan dalam dan luar negeri.

Untuk sedekah, ada pilihan serendah RM10 hingga RM50. Cuma klik pada ruangan yang disediakan, lengkapkan maklumat yang diminta, dan teruskan membuat pembayararn. Mudah.

Website ini juga memaparkan banyak kempen kemanusian, dimana anda boleh turut serta membuat bantuan secara one-off.

KASIHNEELOFA.ORG

Pertubuhan Kasih Neelofa yang diketuai oleh selebriti terkenal, Puan Neelofa, ditubuhkan pada tahun 2020 dengan matlamat untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat atas dorongan kasih sayang sesama manusia.

Website ini juga ada menyediakan ruangan infaq Jumaat khusus untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik covid 19.

Segala maklumat dan aktiviti pertubuhan juga sentiasa diupdate dan ia juga menyediakan beberapa jenis infaq untuk anda turut serta memberikan sumbangan.

TAHFIZALMUQRI.EDU.MY

TAHFIZALMUQRI.EDU.MY adalah laman web untuk Maahad Tahfiz Al-Muqri.

Segala sumbangan sedekah dan infaq akan disalurkan terus untuk tujuan pengurusan dan perbelanjaan murid sekolah.

Website ini menyediakan ruangan untuk sumbangan bermula dengan serendah RM1 hingga RM5000.

AMAN PALESTIN

Aman Palestin mula beroperasi pada tahun 2004 untuk membantu dan menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin.

Kini, menerusi jom sumbangan, anda bolehlah menyalurkan seberapa ikhlas sumbangan untuk kempen-kempen kemanusian anjuran Aman Palestin.

Sama seperti laman web yang lain, anda hanya perlu klik ruangan yang disediakan untuk sumbangan dan ikut arahan yang seterusnya.

KESIMPULAN

Bersedekah adalah satu amalan yang mulia. Bukan sahaja membantu insan yang sedang memerlukan, tetapi ia juga sebagai saham kita di akhirat kelak.

Sekali kita bersedekah, insyallah, akan tenang hati dan bersemangat untuk bersedekah lagi.

Jom sedekah jumaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *