CERITA ORANG KALAH

chess_queen_by_revolution4u-d4d3cmp

Cerita ini ialah kisah tentang orang yang pernah KALAH.

Semua orang pasti pernah rasa KALAH. Cuma cerita kekalahan itu sahaja berbeza. Saya ambil kisah saya masa sekolah dahulu untuk kita kongsi sesuatu yang boleh jadikan iktibar.

Sejak dua menjak ini kita disajikan dengan aksi-aksi sukan olimpik yang berlangsung di Brazil. Dah namanya pertandingan, ada yang menang dan kompom ada yang kalah.

Sambil-sambil menonton di kaca tV, terdetik juga dalam hati kalau-kalau zaman-zaman belasan tahun lalu saya aktif bersukan.

Manatau… Mungkin sekarang saya juga berada di Sukan Olimpik.

Tapi, hakikatnya memang aktif macamana pun, saya bukan dilahirkan sebagai seorang atlit. Sehebat manapun rakan-rakan saya dalam acara sukan, mereka tidak sampai juga ke sukan Olimpik.

Sebab itu, kita harus memberi respect kepada atlit yang sedang berjuang mengharumkan nama negara.

Kembali ke tajuk artikel. Macam tiada kaitan pun dengan mukadimah tetapi dari sinilah bermulanya cerita.

Bila saya tahu yang saya bukan seorang atlit, saya mencari-cari apa bidang specialist yang saya miliki.

Saya bukanlah pelajar cemerlang. Malah sering mendapat bottom 10 dalam kelas. Maka dari situ saya faham akademik bukan kemahiran saya.

Saya minat badminton dan bola sepak. Tapi tak dapat juga bersaing dengan rakan-rakan yang kebanyakan mahir dan minat dalam sukan berkenaan.

Akhirnya,

saya jumpa apa bidang yang saya boleh kembangkan dalam diri.

Jawapannya ialah Chess atau Catur.

Saya pada mulanya tak la minat sangat main catur. Mungkin ramai dikalangan anda pun tak minat atau tak tahu langsung pasal permainan catur.

Tapi memandangkan tak ramai orang minat permainan ini, dan saya pun boleh la main sikit-sikit, akhirnya saya terpilih mewakili sekolah.

Memang tak pernah terfikir yang saya akan mewakili sekolah menengah dalam pertandingan catur.

Namun ia merupakan perasan yang sangat mengujakan. Mungkin beginilah perasaanya apabila bertanding di sukan olimpik.

Bagi yang mungkin tidak biasa dengan pertandingan catur,permainan ini sangat memerlukan daya fikiran dalam mengatur strategi. Dan ia juga sangat memerlukan kemahiran psikologi untuk memerangkap pihak lawan.

Satu hakikat pada masa saya sekolah dahulu, kebanyakkan yang hebat dalam catur ini ialah Orang Cina. Dan majaroti yang bertanding pun Orang Cina.

Saya mewakili sekolah selama 3 tahun berturut dari tahun 1999 hingga 2001.

Tahun pertama saya menimba pengalaman. Tahun kedua saya berjaya meningkatkan permainan. Dan tahun ketiga saya yakin mampu membuat sesuatu.

Cuma apa yang menarik yang ingin saya kongsikan ialah pada tahun terakhir saya mewakili sekolah iaitu pada tahun ketiga (tahun yang kononnya saya dah yakin untuk berjaya), saya akhirnya berpeluang bertemu dengan juara bertahan.(Tak ingat nama dan mukanya)

Bayangkan setiap tahun menjadi juara, akhirnya saya duduk sepapan catur dan bertanding dengannya.

Dalam hati doa sudah dikabulkan. Inilah masanya menunjukkan ilmu hampir tiga tahun ditapa.

Pada pertandingan tahun tersebut, saya menang beberapa game pada pusingan awal membolehkan bertemu dengan juara bertahan.

Tak berapa ingat bagaimana format pertandingan, yang pasti akan bertanding hampir 7 atau 8 game untuk menentukan juara.

Saya dengan teruja berkobar-kobar kerana lawan yang akan dilawan ini memang hebat siap pernah wakil negeri dan negara lagi.

NAMUN, keterujaan itu hadir bersama dengan perasaan nervous.

Saya pendekkan cerita, akhirnya saya kalah.

Saya kalah kerana gagal mengawal kenervousan dan keterujaan.

Saya kalah kerana gagal mengawal pemikiran yang bercelaru menyebabkan hilang fokus.

Saya kalah kerana gagal melawan psikologi lawan.

Itulah pertama kali saya rasa pedihnya kalah dalam banyak-banyak kekalahan dalam kehidupan pada masa itu.

Kerana perasaan itu, saya semacam sudah putus asa.

Sejurus selepas perlawanan itu, ada 5 lagi perlawanan yang menyusul.

Kesudahannya, saya KALAH kesemua baki perlawanan.

Saya balik dengan tangan kosong. Saya mengakhiri ‘kerjaya’ sebagai wakil sekolah 3 tahun berturut dengan kekalahan yang mengasyikkan.

Masih saya ingat dengan jelas betapa kecewanya saya pada hari itu. Tapi, baru saya sedar. Kekecewaan itulah yang mematangkan saya.

PENGAJARAN dan IKTIBAR

PERTAMA, berani kenal pasti kemampuan diri. Mungkin ada bakat tersembunyi yang belum kita betul-betul terokai dalam diri kita.

KEDUA, sentiasa rajin untuk memperbaiki segala kebolehan dan kelemahan yang ada. Jangan mudah selesa dengan ‘kehebatan’ yang orang lihat pada diri kita.

KETIGA, belajar untuk mengawal psikologi diri dan psikologi pihak lawan. Punca mengapa saya kalah dan terus kalah.

KEEMPAT, Jangan putus asa. Jangan putus asa. Jangan putus asa.

 

 

MOHAMAD HAFIZ
Masih minat bermain catur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *