KISAH BENAR PENINGGALAN KHAZANAH KESULTANAN MELAKA DI RUSIA

red_square__moscow__by_vanillaboom-d5t6g5k

Rusia dan Melayu. 2 perkataan ini memang tidak mempunyai sebarang pertalian sejarah.

Bahkan belum ada lagi sisa sejarah, atau bukti saintifik yang menunjukkan Russia pernah datang ke Tanah Melayu, suatu ketika dahulu.

Begitu jugalah sebaliknya.

Bagi yang mungkin belum tahu, ada sesuatu yang berharga milik kerajaan Melaka yang kini sedang berada dalam perpustakaan disebuah Universiti di Russia.

Biar betul? Ya..memang betul.

Kisah yang saya nukilkan ini sebenarnya ialah kisah benar. Bukan dongeng atau mitos.

Apa yang saya sampaikan ini adalah bersumberkan daripada ceramah seorang penceramah agama terkemuka, Ustaz Muhammad Al-Amin.

Beliau pernah dijemput untuk menjadi wakil sebuah Universiti tempatan untuk memberi syarahan di sebuah Universiti di Rusia.

Nama dan lokasi tidak pula dinyatakan. Tetapi beliau berkongsi pengalamannya yang sangat berharga untuk kita jadikan sebagai rujukan.

Di Universiti berkenaan, beliau telah mengunjungi perpustakaan dan mendapati terdapat ruangan merah dalam kawasan tersebut.

Ruangan Merah ini menandakan kawasan larangan membawa sebarang bahan bacaan keluar daripada perpustakaan.  Kawasan ini mempunyai banyak bahan-bahan sejarah yang sangat bernilai tinggi.

Apa yang ditemui oleh Ustaz Amin memang mengejutkannya.

Ia adalah berupa sebuah transkrip yang bertulisan sankskrit. Menarik mengenai tulisan ini ialah apabila dibaca, ia berbunyi sama seperti bahasa Melayu.

Transkrip ini merupakan tinggalan kerajaan Melayu Melaka.

Persoalan yang membenak dalam sanubari Ustaz dan saya sendiri ialah bagaimana ia boleh sampai sehingga ke Rusia? Dan mengapa ia masih disimpan dengan rapi sampai sekarang?

Nampak macam agak mustahil dan tak berapa logik.

Pertanyaan dan persoalan ini dirungkai oleh Ustaz Amin menerusi beberapa kajiannya disana.

Ketika kejatuhan kerajaan Melaka, beratus-ratus bahan bacaan di bawa lari dari Melaka dan mungkin dibuang ke tengah laut.

Sebab itu, banyak bahan-bahan peninggalan kerajaan Melaka terdapat di luar negara. Bahan yang terdapat di Rssia sekarang ini pun merupakan antara peninggalan yang di bawa keluar.

Jika penjelasan dan kisah Ustaz Amin ini benar, maka sesuatu perlu dilakukan oleh Malaysia.

Samada menerusi kerajaan, ataupun melalui universiti-universiti tempatan. Hantar para cendiakiawan dan ilmuan untuk mengkaji artifak sejarah yang berharga ini.

Mungkin ini merupakan langkah awal dalam kita merungkai banyak lagi kisah dan rahsia yang belum diketahui sehingga kini.

Khususnya yang berkaitan dengan kerajaan melayu dahulu.

Sebelum mengakhiri artikel ini, saya yakin pasti akan timbul satu persoalan di kepala otak anda. 

Bagaimana pula dengan peninggalan harta-harta Melaka yang banyak itu?

Insyaalah, nantikan sambungan artikel ini untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dan mencari kebenaran.

 

MOHAMAD HAFIZ

TERINGAT SULTAN MELAKA YANG MENGAKU SEBAGAI SULTAN DI FACEBOOK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *