ANTARA HOMESCHOOLING DAN SEKOLAH CINA

fe92c6629cfe8539e9099788c9be7ab7

Ada 2 point ingin saya kongsikan disini. Point-point ini saling berkaitan sekiranya dilihat dari sudut yang berbeza.

Baru-baru ini saya terbaca satu artikel tentang trend dikalangan ibubapa berbangsa Melayu yang mula menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah cina atau SRJKC.

Trend ini sebenarnya bukan baru. Bahkan sudah lama dan bukan baru dikalangan orang Melayu.

Ada yang menganggap Fakta ini sebenarnya satu tamparan terhadap sekolah bantuan kerajaan atau sekolah kebangsaan.

Bagi saya, memang ya.  Bukan sahaja kepada sekolah kerajaan, tetapi kementerian itu sendiri.

Sudah ada keyakinan dikalangan masyakat melayu bahawa pendidikan sekolah cina lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh sekolah kerajaan.

Point kedua ialah tentang Home schooling.

Mungkin dikalangan masyarakat luar Bandar atau kampung, istilah ini agak rare.

Namun, homeschooling ini sudah mula menjalar dikalangan masyarakat Bandar dan berpelajaran.

Biar saya terangkan secara ringkas dan mudah faham apa yang dimaksudkan dengan homeschooling.

Istilah ini merujuk kepada ibubapa memberi pelajaran kepada anak mereka di rumah. Samada mengajar sendiri atau melalui guru yang terlatih.

Hakikat yang sedang dialami oleh ramai ibubapa di luar sana ialah memberikan yang terbaik untuk anak.

Terbaik bukan sahaja dalam akademik, malah dalam aspek akhlak dan sosial.

Satu yang menarik tentang homeschooling ialah mengoptimumkan kemampuan seseorang tanpa perlu terikat dengan sislibus yang di tetapkan oleh sistem pendidikan kita.

Disamping mampu meminimakan pengaruh pengaruh negative persekitaran terhadap anak-anak.

Saya tidaklah ada niat mahu katakan ini atau itu yang baik untuk anak-anak kita.

Suasana masyarakat sekarang sangat mendesak ibubapa untuk mencari jalan yang terbaik untuk. Mencari yang terbaik itu sebenarnya memeningkan kepala. Setiap manusia khususnya anak-anak mempunyai kebolehan dan kepintaran yang berbeza-beza.

Maka,  Jika saya amati dua point yang saya bentang ini, ia membawa kita kepada satu titik persamaan yang mungkin boleh meberi manfaat kepada semua.

Titik itu ialah meraikan perbezaan yang ada.

Beri kebebasan kepada ibubapa samada untuk menghantar ke sekolah cina atau sekolah harian. Sudah tiba masanya kolaborasi perlu ada diantara sekolah harian dan cina.

Satu perkara yang paling penting ialah Homeschooling perlu diberi ruang yang lebih luas dalam sistem pendidikan negara.

Jika sistem homeschooling boleh diperkasakan, ia memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan yang sedia ada.

Saya harap kerajaan membuka mata dan hati.

 

MOHAMAD HAFIZ

BELAJAR BUKAN HANYA UNTUK DAPAT A

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *