APA ITU SALE DEBIT MAYBANK? DUIT SAYA ‘HILANG’! – 5 CARA SEMAK MAKLUMAT

APA ITU SALE DEBIT MAYBANK? DUIT SAYA 'HILANG'! - 5 CARA SEMAK MAKLUMAT

Pernah tak periksa akaun Maybank anda dan mendapati duit anda hilang? Bila anda periksa transaksi online, terdapat perkataan ‘sale debit’ Maybank?

Lebih merisaukan lagi apabila anda tidak menggunakan kad debit pada hari tersebut, tetapi sejumlah wang sudah ‘lesap’.

Apa perlu saya buat? Perlukah saya terus menghubungi pihak Maybank? Adakah saya sudah kena scam? Persoalan sebegini mesti membuatkan anda tidak keruan.

Jangan panik. Bila anda dalam keadaan tertekan atau stress, itu akan memburukkan lagi keadaan. Bila sudah tenang, kita akan dapat mencari penyelesaiannya.

So, apa itu ‘sale debit’ Maybank? Jom baca.

SALE DEBIT MAYBANK

Secara ringkas, sale debit (menurut Maybank) ialah transaksi melalui kad debit bagi pembayaran sama ada melalui kaunter bayaran atau secara atas talian (online).

Jika anda perhatikan dalam sejarah transaksi anda, anda pembelian anda diterangkan secara terperinci. Dimana dan bila anda membuat pembayaran. So, anda tak perlu risau.

Tetapi, ada juga yang hanya ditulis sebagai – sale debit. Mungkin ada pembelian yang anda terlupa perinciannya.

Bila ini berlaku, anda boleh menyemak transaksi anda dalam tempoh 24 jam melalui Maybank2u.

Ikut 5 cara berikut:

1. LOGIN MAYBANK2U

2. PILIH ‘ACCOUNT’

3.PILIH ‘MORE OPTIONS MENU'(THREE DOTS) (The preffered account)

4. PILIH ‘VIEW DETAILS’. Maklumat ‘DEBIT CARD TRANSACTION’.

5. PILIH ‘LAST 30 DAYS’/’LAST 60 DAYS’

Selepas langkah ini, akan keluar segala details yang anda perlukan.

Cuba cek bila tarikh sale debit, dan bandingkan dengan perician yang anda perolehi.

Insyaallah, masalah anda akan selesai.

Sekiranya anda masih anda masalah atau langkah ini tidak membantu, bolehlah anda menghubungi terus pihak Maybank untuk bantuan.

KESIMPULAN

Penting untuk kita tahu apa pembelian yang kita sudah buat. Ada masanya, kita pun pandai terlupa.

Berhati-hati dengan pembelian secara online. Jangan layan jika anda individu menghubungi untuk dapatkan maklumat sulit anda.

Beringat juga dengan pemotongan secara automatik menerusi kad debit anda. Seperti insurans, bayaran pinjaman dan sebagainya.

Pastikan sentiasa peka dengan setiap aliran keluar masuk wang dalam akaun anda. Semoga maklumat ini memberi manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *