DARE TO DREAM, DARE TO CHANGE, DARE TO FAIL

78e8d98e10f8d96817130375adfbcd99

Dare To Dream

Dare To Change

Dare To Fail

Ini bukan 3D sembarang 3D. 3D ini jauh lebih hebat daripada cermin mata di panggung wayang.

3D jauh lebih mengujakan daripada menonton kesan khas filem-filem daripada hollywood.

3D lebih menarik kerana tidak memerlukan kos untuk bermula.

Apa yang menjadi masalah utama ialah masyarakat kita takut untuk menggunakannya. Takut kerana tidak yakin. Takut kerana sudah selesa di zon selesa,

Perkara inilah saya perhatikan faktor mengapa rakyat Malaysia khususnya orang Islam sukar untuk bersaing di pelbagai lapangan.

DARE TO DREAM

Mesti berani untuk bermimpi ataupun mencipta angan-angan. Impian merupakan keunikan otak yang Allah ciptakan yang perlu digunakan sebaik mungkin.

Ramai orang sebenarnya sudah berangan-angan. Namun ia hanyalah sekadar angan-angan.

DARE TO CHANGE

Berani untuk Berubah untuk mengubah apa yang diangan-angankan.  Tidak ramai yang sebenarnya berani untuk ini.

Ada yang berani berubah, tetapi berani yang tidak bertempat.

Saya syorkan sekiranya anda betul-betul berani mahu berubah, perlu juga berani untuk menuntut ilmu bagaimana untuk berubah.

DARE TO FAIL

Ramai orang yang sudah berjaya sebenarnya pernah melalui bermacam kegagalan. Fail itu yang mengajar  betapa pentingnya untuk berjaya.

tetapi ramai yang tidak mempunyai keberanian yang cukup dalam berhadapan kegagalan akan terus tumbang dan tersungkur.

KESIMPULAN

3D yang saya terangkan di atas sebenarnya menuntut bukan hanya sekadar keberanian ataupun dare. Ia perlukan ilmu dan tawakkal dalam menghasilkan sesuatu yang hebat.

Melihat kehidupan melalui 3D ini akan sebenarnya mendekatkan kita dengan Pencipta kehidupan iaitu Allah.

Apabila tindakan yang diambil sudah rasa tiada keberkatan, maka something wrong somewhere.

 

Wallahualam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *