HANG JEBAT ITU SEBENARNYA HERO


jebat

Nama Hang Jebat tidak perlu saya ceritakan. Semua orang tahu bagaimana kisah watak pahlawan Melaka ini menemui pengakhirannya.

Daripada sebuah kisah budak 5 bersaudara, sehinggalah berakhirnya dengan titik pertumpahan darah.

Kisah ini sebenarnya bukan sebarangan cerita, mitos ataupun lagenda. Ia mempunyai nilai isi tersirat yang sangat halus serta melangkaui zaman.

Ini bukan cerita terowong masa seperti filem back to the future. Bukan juga bukan kisah seperti filem Jamal Abdillah yang berlakon sebagai Hang Tuah. Kisah dimana Hang Tuah muncul di zaman sekarang.

Ya, saya bukan ahli sejarah ataupun pengkaji sejarah. Saya hormati bidang ilmu para ilmuan dalam menterjemah sejarah. Saya juga hormati pendapat para cendiakiawan mengenai kisah lagenda mitos ini.

Sebab itu, saya membawa pembaca untuk kita melihat kisah ini berfokuskan watak Hang Jebat dan babak-babak dimana yang ada pertaliannya dengan situasi sekarang.

Kita keluar daripada kepompong ruang cerita seperti yang ditulis dalam buku-buku atau diceritakan dalam televisyen.

Mari saya membawa anda ke beberapa fakta yang mendokong kisah mitos Jebat ini.

Jebat dan Tuah bersahabat sejak dari kecil lagi. Mereka hidup bersama sehinggalah menjadi pendekar tersohor dan menjadi laksamana kerajaan Melaka.

Tuah dijatuhkan hukuman bunuh dan akhirnya mengundang ketidakpuashatian Jebat. Disinilah bermulanya apa yang dikatakan perderhakaan terhadap raja dan kerajaan Melaka.

Jebat melihat berlakunya ketidakadilan dalam keputusan terhadap Tuah,

Jebat akhirnya melancarkan pemberontakan. Saya stop babak ini kerana saya yakin semua pembaca tahu apa yang berlaku pada plot-plot yang seterusnya.

Jebat adalah pendekar dan pahlawan yang terulung pada zamannya.

Menentang kezaliman dan penindasan merupakan perjuangannya. Sebab itu, barangkali, kita tidak pernah mendengar sebarang cerita buruk tetang Jebat sebelum terjadinya episod perderhakaan.

Cuma watak Jebat digambarkan sebagai seorang yang agresif dan pendendam, bertentangan dengan watak Tuah.

Sekarang, mari pula kita amati beberapa point dibawah dan cuba anda fikir-fikirkan kaitkannya dengan situasi semasa khususnya yang berlaku dalam negara sekarang.

Dari satu sudut, Jebat itu memang menderhaka kerana menentang akibat tidak berpuas hati dengan hukuman terhadap Tuah. Ketidak puashatian ini timbul akibat daripada keyakinan Jebat yang Tuah dianiya dan mangsa fitnah.

Jika dilihat dari sudut lain, keyakinan yang dipegang oleh Jebat tidak sekadar keyakinan kosong.

Kita harus mengambil kira posisi beliau dalam kerajaan Melaka sebagai Laksamana.

Secara logik, sudah pasti Jebat mengetahui beberapa isu-isu dalaman ataupun perangai-peranagi  dikalangan pembesar-pembesar dalam kerajaan.

Saya yakin juga, kehadiran Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu ke dalam pentadbiran kerajaan Melaka mengundang iri hati, dengki, dan dendam pada sebahagian kecil pembesar Melaka.

Dan seperti kita sedia tahu, keyakinan Jebat itu benar. Fikiran dan kata hati Hang Jebat memang betul.

Tindakan Bendahara Melaka untuk tidak membunuh Hang Tuah, sebaliknya menyembunyikannya adalah satu manifestasi kepada hakikat sebenar kerajaan Melaka pada waktu itu.

Bendahara sendiri tidak bersetuju dengan perintah sultan dan keputusan kerajaan Melaka.

Beza watak antara Bendahara dengan Jebat hanya satu. Iaitu cara menterjemahkan penentangan.

Jebat secara terang-teranganan mengisytiarkan penentangan. Keris diangkat menandakan simbol protes dan pemberontakan terhadap ketidakadilan.

Maka, dari sudut pihak istana, ia satu ancaman yang boleh merosakkan sistem kerajaan jika tidka dibendung. Pemberontakan itu disebarkan kepada rakyat sebagai penderhakaan kepada sultan.

Jika Jebat hanya seorang diri menentang atau berjuang menegakkan keadilan terhadap Tuah, sudah pasti ia tidak dapat merisaukan Kerajaan Melaka.

Hantar saja segerombolan tentera Melaka pergi membunuh Jebat, kisah penderhakaan ini akan berakhir dengan sekelip mata. Kehebatan tentera dan kerajaan Melaka pada zaman bukan calang-calang.

Zaman hang Tuah merupakan zaman emas dan kegemilangan Melaka.

Tetapi, mengapa dalam kisah mitos ini, sultan tidak mengambil tindakan seperti itu.

Kerajaan Melaka semestinya sedia maklum bahawa Jebat bukan calang-calang pendekar.

Jebat, berkemungkinan besar pada ketika itu berjaya mempengaruhi sebahagian rakyat bersama-samanya untuk menjatuhkan kuasa pemerintahan sultan.

Jika anda bijak membaca secara mendalam kisah hura haranya Melaka pada masa itu, kita kena faham beberapa perkara sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Jebat sebenarnya ‘mungkin’ mendapat sokongan padu rakyat untuk menentang kezaliman. Jebat juga ‘mungkin’ berjaya meyakinkan beberapa pembesar untuk bersama-samanya menegakkan apa yang diyakininya sebagai keadilan.

Point tersebut mendorong saya mengutarakan Persoalan ini.. bagaimana sultan sanggup memberi keampunan terhadap pembohongan Bendahara? Mengapa Tuah diterima semula walhal beliau telah melakukan perderhakaan terlebih dahulu?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda renungkan.

Biarpun episod ini berakhir dengan pembunuhan Jebat, namun kisah ini sebenarnya ‘hidup’ sehingga kini.

Jangan kita terus cop bahawa Jebat itu pengkhianat. Dari sisi pandang yang lain, Jebat itu bukan seorang pemberontak mahupun penderhaka.

Ketika berlakunya budaya fitnah, hasad dengki dan dendam dalam kerajaan Melaka, muncul Hang Jebat menjadi hero dalam berjuang menegakkan keadilan.

Halusnya kisah pengajaran seorang pejuang bernama Hang Jebat.

Derhakanya Hang Jebat bukan kerana rasuah, merompak duit rakyat, memakan dedak mahupun menindas rakyat.

Tetapi derhakanya Hang Jebat kerana berpegang kepada prinsip dalam menegakkan keadilan dan menentang segala kejahilan.

 

MOHAMAD HAFIZ

DIMANA HILANGNYA KASTURI, LEKIR DAN LEKIU 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *