JANGAN BERSEDIH LAGI…ALLAH ITU ADA

adeadc37d316e29adee1ae2612df2ae5

Ada orang beranggapan bahawa bersedih itu satu tragedi.

Ada orang beranggapan sedih itu satu malapetaka.

Kebiasaan juga orang menganggap kesedihan itu satu lumrah kehidupan.

Orang juga percaya bersedih itu hanyalah satu ujian untuk menempuh kejayaan.

Walau apapun orang kata..semua pasti akan merasai sedih, bersedih, dan kesedihan.

Walaupun semua tahu apa itu sedih, tetapi berapa ramai yang dapat menerima dengan hati yang terbuka?
Akal mungkin dapat menerima kesedihan, tetapi belum tentu hati juga turut sama bersedia untuk merasainya.

Bagi orang yang sedang bersedih, mudah-mudahan selepas ini jangan bersedih lagi.

Sama juga lah dengan perumpaannya dengan kata-kata semua pasti akan merasai mati.

Mati dan sedih mempunyai perkaitan yang sangat erat. Cuma bezanya ialah apabila kita bersedih, perasaan boleh dikongsikan manakala kematian pula sebaliknya.

Jika kita scroll back semula kisah-kisah hidup kita, pasti akan dipertemukan dengan cerita sedih melibatkan orang disekeliling kita samada keluarga, rakan atau diri sendiri.

Kesedihan itu kadang kala membuatkan ia terkesan di hati kita. Bohonglah kalau saya katakan saya tidak pernah melalui perkara ini.

Semua orang confirm juga melalui benda yang sama.

Adakah semua ini satu kebetulan?

Jawapan saya ialah tidak.

Sebenarnya Allah sedang mendidik kita dari kecil lagi agar kita bersedia dengan kesedihan, dan bersedia untuk bersedih.

Allah mendidik hati kita untuk bersiap menyediakan ruang dalam hati untuk menerima kesedihan.

Saya yakin semua pernah mendengar akan kata-kata bahawa Allah menguji hambanya mengikut kemampuan.

Masalah kita sekarang ialah apabila akal kata ya untuk menerima, namun hati kata tidak.
Akal kita percaya bahawa kita sedang di uji, tetapi hati masih berkeras untuk tidak menerima kenyataan.

Inilah asbab kepada membawa kesedihan yang berpanjangan dan mungkin kemurungan.

Didik hati kita untuk menerima ujian dengan hati yang lapang. Sebenarnya dengan segala ujian dan kesedihan yang Allah beri, pasti ada hikmah.

Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Allah tidak akan membiarkan kita terus bersedih dengan ujian dunia. Allah sedang memerhatikan kita.

Sentiasalah tidak berputus harapan kepada Allah. Allah menanti setiap hamba-Nya untuk memohon dan memanjatkan doa.

Allah itu sangat hampir dengan kita. Bahkan apa yang hati kita katakan sekarang ini pun Allah sedang dengar.
Oleh itu..

Janganlah bersedih lagi…kerana Allah itu ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *