KESEDAPAN TEH HIJAU JASMINE SIR THOMAS LIPTON (5 REVIEW)

Sebagai penggemar teh hijau, menikmati segelas teh hijau setiap hari adalah rutin harian saya. Biasanya, saya akan minum pada awal waktu pagi atau lewat petang.

Teh hijau ada bermacam jenis. Antara jenis teh hijau yang paling saya suka ialah teh hijau jasmine.

Kali ini, saya kongsikan pengalaman menggunakan teh hijau kegemaran saya, iaitu teh hijau jasmine Sir Thomas Lipton, keluaran jenama teh Lipton.

Jom baca review saya tentang 5 perkara mengenai teh hijau ini.

KHASIAT TEH HIJAU JASMINE

Khasiatnya hampir sama sahaja dengan teh hijau yang lain. Cuma, aroma bunga jasmine yang terkandung dalam teh hijau ini memberi satu kelainan yang menyeronokkan.

Seperti semua tahu, teh hijau terkenal dengan kandungan antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Ia juga mengandungi kalori yang rendah, yang baik untuk menurunkan berat badan.

Sebab itu, ramai yang mengamalkan pemakanan diet akan menjadikan teh hijau rutin wajib dalam hidangan seharian.

PACKAGING CANTIK

Sebelum saya bercerita tentang rasanya, suka saya sentuh tetang packaging dan kotak dari Sir Thomas Lipton ini.

Rekaan yang sangat menarik. Kelihatan premium dan kemas.

Gabungan warna hitam dan hijau sangat sesuai. Untuk satu kotak, terdapat 20 packet kecil yang mengandungi uncang teh hijau.

Selain lebih hygiene dan bersih, ia juga sangat praktikal. Memudahkan saya untuk membaca paket kecil ke mana-mana sahaja, tanpa perlu membawa satu kotak yang besar.

RASA

Teh hijau jasmine Sir Thomas Lipton memiliki rasa yang sangat menyegarkan dan mempunyai aroma jasmine yang kuat.

Berbanding produk lain yang pernah saya cuba, teh ini tidak terlalu pahit dan rasanya agak ‘ringan’.

Bagi yang tidak sukakan rasa pekat teh hijau, produk ini sesuai untuk anda.

PENGALAMAN PRO

Seperti yang saya katakan sebelum ini, teh hijau ini adalah antara favourite saya. Sebab utama mengapa saya suka pastinya kerana rasanya yang tidak ‘heavy’.

Saya boleh minum tanpa perlu risau sekiranya perut saya akan ‘meragam’.

Apa yang saya amalkan adalah meminum ketika perut tidak kosong. Cuba elak untuk minum sebelum nak tidur malam.

PENGALAMAN CON

Cuma ada dua perkara saya tidak suka mengenai produk ini.

Selain mungkin masih tidak banyak kita jumpa di pasaran terutamanya kedai runcit, harganya agak sedikit mahal berbanding beberapa jenama lain.

Kedua, aroma jasminenya tidak bertahan lama. Sesuai untuk diminum ketika masih panas.

KESIMPULAN

Teh hijau jasmine Sir lipton menawarkan sesuatu yang menarik untuk anda cuba.

Selain rasanya yang memenuhi kriteria citarasa saya, saya sangat syorkan pengambilan teh hijau ini kerana ia juga baik untuk kesihatan.

Semoga perkongsian pengalaman ini memberi manfaat.

p/s : Anda juga boleh baca review saya tentang kopi di bawah:

  1. Kopi red guara: 3 sebab mengapa anda harus cuba
  2. Keenakan kopi super essenso (review)
  3. 5 kopi segera terbaik yang anda perlu cuba
  4. 5 sebab mengapa anda kena cuba java chip frappuccino starbuck

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *