KISAH BENAR DISEBALIK SEORANG RIDER FOODPANDA

Boleh saya katakan, setiap hari kita pasti melihat seorang rider foodpanda menghantar makanan yang destinasi yang mereka tuju.

Baju pink putih dengan lambang panda hitam memang sudah menjadi pandangan biasa tidak kira di bandar ataupun kampung.

Kali ini, saya berkesempatan membuat beberapa tinjauan dan kajian tentang kisah benar disebalik individu yang bergelar rider foodpanda.

Bagi yang mula berminat menjadi seorang rider, anda wajib baca artikel ini.

Segala isi kandung penulisan ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Saya kongsikan 5 perkara penting tentang seorang rider foodpanda. Jom baca.

WAKTU BEKERJA YANG FLEKSIBEL

Seperti pekerjaan rider ataupun driver e-hailing yang lain, waktu bekerja adalah sangat fleksibel.

Kerja lebih, dapat duit lebih.

Tidak menghairankan jika anda pernah dengar seorang rider boleh menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan.

Malah, mungkin lebih tinggi daripada gaji seorang yang berpendapatan tetap.

PERSAINGAN YANG SEMAKIN SENGIT

Musim PKP adalah musim paling lumayan untuk seorang rider makanan.

Permintaan terhadap perkhidmatan seorang rider sangat tinggi.

Berbeza ketika pasca PKP waktu ini, permintaan tetap masih ok, cuma persaingan yang semakin sengit.

Disamping orang ramai sudah bebas untuk bergerak, semakin banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang serupa. Malah, ada tawaran harga yang lebih menarik menarik berbanding foodpanda.

SUMBER PENDAPATAN MENYARA KELUARGA

Ada dikalangan rider yang menjadikan pekerjaan ini sebagai sumber utama untuk menyara keluarga.

Sesetengah mereka mungkin pernah bekerja, tetapi atas beberapa faktor, terpaksa diberhentikan.

Malah, ada yang pernah berpendapatan lumayan sebelum ini turut terpaksa menjadikan pekerjaan rider sebagai pilihan utama sekarang.

BERTARUNG ‘NYAWA’ UNTUK MENGHANTAR MAKANAN

Pernah tak anda menyelami atau memerhati perjalananan seseorang rider dalam menjalankan tanggungjawab mereka menghantar makanan?

Anda pasti terharu. Bagaimana mereka terpaksa mengharung cuaca panas dan hujan di jalan raya. Melalui lebuh raya yang terdapat 3 atau 4 baris jalan.

Ada juga yang melalui jalan kecil di kawasan kampung. Terpaksa berjalan kaki sekiranya laluan tidak dapat dilalui motorsikal.

Termasuklah juga menghantar makanan di kawasan flat atau apartment.

DI PANDANG SEPI

Hakikat yang perlu diakui. Pekerjaan rider seperti rider foodpanda masih dipandang ‘sepi’ dikalangan masyarakat kita.

Masih ada yang memandang pekerjaan ini sebagai pilihan terakhir atau kelas kedua.

Ada sesetengah pelanggan bersikap dingin dengan rider. Ada rider yang pernah menceritakan bagaimana dia pernah dimarah hanya kerana lambat atau tersalah menghantar makanan.

Ada juga rider yang pernah menerima rating rendah dan komen kurang memuaskan daripada pelanggan hanya kerana kesalahan atau kesilapan kecil.

Tidak dinafikan, terdapat juga rider yang kurang ok sikit, tapi sekurang-kurangnya kita sebagai pelanggan harus mempunyai pertimbangan.

KESIMPULAN

Menjadi seorang rider foodpanda sememangnya mencabar. Tetapi sangat menyeronokkan sekiranya enjoy dengan pekerjaan yang dilakukan.

Tidak salah sekiranya memberi sedikit tip atau sedekah kepada rider selepas mereka menghantar makanan. Paling tidak pun, berilah senyuman dan ucapan terima kasih.

Bila mereka gembira, mudah-mudahan makanan yang mereka hantar dan yang kita makan memberikan manfaat.

p/s : Jom baca bagaimana hendak foodpanda register.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *