KISAH HEBAT SEORANG PEMAIN CATUR KEBANGSAAN

Khas untuk mereka yang meminati dunia sukan catur. Kali ini, saya kongsikan sebuah artikel biografi, kisah pengalaman sebenar daripada seorang bekas pemain catur di peringkat kebangsaan.

Kisah yang merupakan ringkasan perjalanan catur seorang pemain dari pedalaman Sabah, bermula daripada peringkat awal sehinggalah peringkat tertinggi yang beliau pernah capai.

Semoga ada kebaikan yang boleh dipelajari dan memberi satu inspirasi kepada sesiapa sahaja yang menjadikan catur sebagai sukan kegemaran. Jom baca.

PENGALAMAN AWAL CATUR SAYA

Saya mula mewakili sekolah rendah SK Bukit Garam 2, daerah Kinabatangan, Sabah di usia 9 tahun (tahun 3). Tapi, saya kalah sahaja masa itu, dan terus rasa down.

Bermula daripada situ, saya berazam untuk menjadi wakil lagi pada tahun hadapan.

TAHUN 4 – NEGERI

Pada usia 10 tahun (Tahun 4), saya sekali lagi menjadi wakil sekolah ke peringkat daerah dan menjadi johan untuk kategori 12 tahun perempuan.

Seterusnya, saya mewakili daerah ke peringkat bahagian Sandakan dan juga menjadi juara untuk mewakili bahagian ke peringkat negeri.

Pertama kali menjejakkan kaki ke peringkat negeri, saya telah mendapat kedudukan top 20 sahaja. Rasa kecewa dan down, tapi berazam untuk memasang impian ke peringkat kebangsaan pada tahun hadapan.

TAHUN 5 & 6 – KEBANGSAAN

Pada usia 11 tahun di tahun 5, saya wakil daerah ke bahagian, ke peringkat negeri, dan seterusnya berjaya ke peringkat kebangsaan. Alhamdulillah.

Di tahun 6, saya sekali lagi ke peringkat kebangsaan mewakili negeri. Alhamdulillah.

Lebih manis lagi, saya berjaya mendapat top 4 ‘Pemain Papan Terbaik’ (Bestboard) di kebangsaan, untuk kategori bawah 12.

KISAH DI SEKOLAH MENENGAH

Saya bersekolah menengah di Sek Men Agama Kota Kinabalu (Asrama penuh). Waktu ini saya kurang mengikuti tournament, mungkin kerana sudah berjauhan dengan parents.

Di tingkatan 1, saya masih mewakili Bahagian ke peringkat negeri. Semasa di tingkatan 2, saya sekali lagi berjaya ke peringkat Kebangsaan. Selepas itu sehingga tingkatan 5, saya bermain sehingga peringkat negeri.

TIPS DAN NASIHAT

🟢Saya tidak mengikuti mana-mana kelas chess, tapi masa sekolah rendah bapa saya rajin bawa saya ikut open tournament.

🟢Mesti rajin main. Bapa saya ada belikan buku catur. Dari situ, ada macam-macam jenis opening hingga end game. Notasi game GM2 dulu pun ada, so saya ikut move di board chess dan buat analisis.

🟢Jangan rasa overconfident bila mahu menang, mesti mantain game sebab game boleh berubah bila2 masa.

🟢Bapa saya pesan, kalau nervous jumpa lawan yang hebat dan kuat, kena sentiasa selawat dalam hati.

🟢Sentiasa mohon doa dari bapa dan mama.

MOTIVASI DAN INSPIRASI

📌Dulu yang main catur selalu meja papan atas, saya tengok budak-budak cina yang hebat-hebat. Saya tanam dalam hati saya,..

‘Saya mahu main sampai papan 1, biar orang tahu, budak kampung pun pandai main chess, sekalipun tiada coach luar negara.

📌Saya suka catur, saya suka ada banyak kawan catur yang berlainan background. Kepuasan bagi saya apabila menang lawan orang dari pelbagai tempat.

Itu sahaja coretan ikhlas dari saya budak kampung. – Cikgu Aiza.

KESIMPULAN

Semoga kisah ini dapat memberi semangat, bukan hanya kepada murid sekolah, bahkan kepada guru-guru dan ibubapa di luar sana.

Catur adalah permainan yang melatih minda menjadi genius. Melihat dunia dan memandang dunia dari kaca mata catur, dunia dalam genggaman.

‘Jadilah pemain catur yang mempunyai nilai yang tinggi, bukan sekadar seorang yang hanya tahu bermain catur’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *