KOPI RED GUARA CAFE : 3 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS CUBA

kopi red guara cafe : 3 sebab mengapa anda harus cuba

Kali ini saya cerita tentang kopi. Iaitu Kopi Red Guara Cafe.

Kopi adalah minuman kegemaran saya. Sebab itu, saya telah beberapa kali menulis artikel mengenai kopi. Sebagai penggemar kopi, berkongsi perasaan tentang sesuatu rasa kopi  juga satu kepuasan.

Mengikut statistik sehingga tahun 2019, kopi adalah dagangan terbesar di dunia selepas minyak. Sebab itu, tidak menghairankan, kopi merupakan antara minuman paling popular di dunia.

Walaupun secara jujurnya, saya lebih menggemari kopi asli tanpa sebarang campuran. Namun, sebagai peminat kopi, selagi namanya kopi, semua boleh minum.  

Dengan harga yang mampu milik, serta mudah diperolehi di pasaran, maka tidak rugi pada sesiapa yang ingin mencuba rasa dan keenakan kopi Red Guara Cafe.

Sebelum itu, saya bukan ejen atau stokis produk ini. Review ini tidak dibayar. Hanya pandangan jujur seorang penggemar kopi.

Berikut, antara 3 perkara yang menarik tentang produk ini. Jom baca.

1. KANDUNGAN PADA RED GUARA CAFE

Saya bukanlah pakar pemakanan atau nutrition yang boleh menghurai lanjut mengenai fungsi setiap kandungan kopi. Cuma, apa yang membuatkan kopi ini unik ialah kandungan yang terdapat padanya.

Kopi ini diadun bersama  ekstrak yis beras merah, ubi bit merah dan guarana. Adunan ini telah menghasilkan satu rasa yang membezakan ia dengan kopi segera lain yang terdapat di pasaran.

Perbezaan inilah yang membuatkannya unik berbanding jenama lain dipasaran.

2. RASA YANG ENAK DAN MENYELERAKAN

Perasaan dan kenikmatan rasa sesuatu produk kopi adalah benda yang subjektif.  Ia bergantung pada siapa yang meminumnya.

Ada sesetengah produk, rasa kopi itu melebihi rasa kandungan campuran lain, yang mana membuatkannya sedikit pahit.

Bagi Red Guara Cafe, saya kategorikan ia sedikit lebih manis, tetapi masih terasa kepekatan kopi dan krim susu yang diadun begitu seimbang.

Aroma baunya sangat menyelerakan.

3. BUNGKUSAN YANG MENARIK

Bungkusan menarik sebenarnya sangat mempengaruhi pembeli .

Kredit untuk jenama ini kerana packaging yang menarik dan sedap mata memandang.

Nampak kemas, elegan, dan simple. Mungkin juga atas faktor itu, membuatkan Red Guara Cafe masih kekal relevan dipasaran hingga kini.

SATU PEMBELIAN YANG BERBALOI

Telah banyak produk kopi segera di pasaran tempatan yang saya cuba dan review.

Jika diberi pilihan antara semuanya, pastinya produk ini antara yang teratas dalam list pilihan saya.

Dengan namanya yang sudah lama dipasaran, dan rasa kopinya yang sedap, Red Guara Cafe merupakan antara pilihan yang tidak menghampakan pembeli.

Semoga produk ini terus maju dan berjaya di masa depan.

2 thoughts to “KOPI RED GUARA CAFE : 3 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS CUBA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *