LAGU PATRIOTIK YANG MENAIKKAN ATAU MELEMAHKAN SEMANGAT

e4701db8d9bf7e9ee96f6219764042af

Bulan ini bulan Ogos.

Ingat Ogos, ingat 31 Ogos. Ingat pulak suara Allahyarham Sudirman nyanyi lagu 31 Ogos.

Seperti biasa, Sambutan dan aktiviti kemerdekaan akan rancak dijalankan. Bendera akan dipacakkan disana dan disini..macam pilihan raya umum kadang-kadang kemeriahannya.

Saya masih ingat lagi semasa di sekolah, antara kenangan tidak di lupa apabila cikgu ‘memaksa’ kami untuk menghafal lagu-lagu patriotik.  Bukan sahaja hafal, malah menyanyi setiap hari.

Di mana-mana lagu-lagu ini akan menjadi tema. Dah macam hari raya dah suasananya.

Bezanya, tiada open house.

Kalau masa itu saya serius dalam skill nyanyian, mungkin dah jadi penyanyi dah sekarang. Mujur saya tak jadi penyanyi sebab suara memang ke lautan Hindi dalamnya.

Tajuk artikel ini pun ada kaitan dengan lagu. Adakah lagu patriotic itu boleh menimbulkan semangat kecintaan? Jawapan saya ya. Tetapi bagaimana dengan lagu-lagu masa kini?

Lagu patriotik yang saya ingat?

Maaf. Kebanyakan lagu-lagu ini hanya tinggal sejarah dalam kehidupan sem sa di sekolah. Kurang di praktikkan semasa dah umur meningkat menyebabkan lirik sudah tunggang terbalik. Tune lagu pun sudah lari.

Mungkin yang paling saya hafal semestinya lagu Sudirman. Itupun kena ada bantuan muzik dan lirik.

Namun, dalam banyak-banyak lagu, lagu tema kebangsaan ‘keranamu Malaysia’ antara yang paling saya minat.

Lagu tu da kira macam lagu malar segar. Ada jiwa. Ada roh yang membawa semangat kecintaan dan kebanggaan. Itu pendapat daripada saya yang buta seni dan tiada latar belakang muzik seperti Ramli MS.

Lagu seperti ini boleh membuatkan sesiapa yang menyanyi dan mendengar akan berdiri bulu roma. Bukan sebab ada hantu, tetapi ia membawa semangat dan jiwa menusuk ke dalam hati sanubari.

Saya pernahlah suatu ketika bertanya dan membuat sedikit kajian ala-ala budak praktikal kepada 3 orang sahabat sebaya saya tentang lagu patriotik di Malaysia.

Berikut hasil dapatannya setelah saya bertanya tentang lagu patriotik yang mereka suka atau ingat atau meraka tahu atau apa-apa sahaja yang berkaitan. Selain lagu Sudirman.

SAHABAT 1 : Lagu janji ditepati sambil melemparkan senyuman sinis 1MDB. (tiada kaitan dengan mana-mana pihak). Bila saya suruh nyanyi, kening berkerut sambil mata menumpu kea rah sebelah atas kanan seperti cuba mengingat jawapan yang tak pasti.

SAHABAT 2. Tak ingat sambil menggeleng kepala.

SAHABAT 3 : Tiada respon.

Saya bertanya lagi. Adakah lagu patriotik ini mampu membakar semangat dan kecintaan kepada negara. Ini jawapan mereka.

SAHABAT 1 : Emm, saya rasa tidak. Lagu sekarang dah macam lagu komersial artis-artis dan penyanyi.

SAHABAT 2 : nyanyi lagu sekarang dan kekadang mendayu lagu patriotiknya.

SAHABAT 3 : lagu patriotik sekarang tak macam dulu. Tiada jiwa. Terus mengubah topik bab lain.

Ini membuatkan saya berfikir.

Mungkinkah anak-anak muda sekarang akan lebih patriotik sekiranya ada unsur-unsur kpop, pop balad atau rock dalam sebuah lagu patriotik?

Mungkinkah golongan ini berpendapat lagu irama dulu-dulu ini sudah ketinggalan zaman?

Mungkin juga suda tiada atau kurang rasa patriotick suda dikalangan generasi sekarang dek kerana tekanan hidup ataupun bosan dengan segala bentuk dasar pemerintahan?

Mungkin saya terlalu jauh berimiginasi.

Tapi akhirnya saya sedar juga, jika idea dan pemikiran saya sudah tidak sama dengan generasi sekarang sambil asyik mengimbau nostalgia lama..saya sudah mungkin tidak berada dalam generasi muda.

Tersedar juga yang umur sudah meningkat dewasa dan tua.

 

Wallahualam.

 

MOHAMAD HAFIZ

Kadang-kadang minat juga lagu KPOP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *