MARI KITA MENJADI SEPERTI PENYOKONG LIVERPOOL

37ff1a7a491c42527d260421f546dd1b

Liverpool adalah salah satu pasukan bola sepak yang mempunyai penyokong yang hebat di seantero dunia. Biarlah apa orang kata mengenai Liverpool, penyokongnya tetap setia untuk menyokong.

Walaupun prestasi sentiasa tidak menentu, pemain-pemain bintang Liverpool saban musim berhijrah ke pasukan yang lebih hebat, penyokong Liverpool tetap berada dibelakang pasukan mereka.

Biarpun sudah berpuluh tahun tidak memenangi Liga, biarpun sudah tidak lagi berada dalam pasukan liga Juara-Juara Eropah, mungkin paling hampir pun ketika memenangi piala tersebut pada 2005.

Sekalipun di label umpama “History Channel” dek kerana asyik dengan kenangan kejayaan-kejayaan lama, penyokong setia tetap setia menyokong.

Dicaci, dimaki, disindir, penyokong Liverpool sanggup memekakkan telinga demi kesetiaan tak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan. Sanggup duduk di depan TV atau di kedai mamak demi menonton perlawanan Liverpool.

Sekalipun saya mengakui merupakan penyokong tegar Liverpool, namun artikel ini saya tulis bukan untuk mempromosikan kehebatan Liverpool kepada pembaca.

Kehebatan Liverpool bukan terletak sepenuhnya pada pemain ataupun pengurus. Tetapi Liverpool mempunyai pemain ke-12 iaitu penyokong tegar mereka.

Perlawanan Liverpool vs Sunderland pada Sabtu lalu, membuktikan betapa hebatnya kuasa penyokong Liverpool.

Kempen Walk out on 77 Minutes dilancarkan sebagai tanda protes kepada kenaikan harga tiket untuk musim depan.

Ketika Liverpool mendahului 2-0, pada minit ke 77 beribu penyokong Liverpool mula keluar berduyun dari stadium. Mereka keluar bukan tanda benci kepada Liverpool. Mereka keluar bukan juga tanda tidak sayang.

Tetapi menunjukkan tanda protes kepada pemilik kelab bahawa mereka adalah penyokong, bukan pelanggan.

Penyokong dengan Pelanggan merupakan 2 benda yang berbeza.

Tidak lama selepas detik itu, secara kebetulannya…pasukan sunderland berjaya menyamakan kedudukan dalam tempoh 10 minit masa terkahir perlawanan.

Apa Yang Boleh Kita Belajar?

Penyokong Liverpool mengajar kita untuk menjadi penyokong yang bijak. Tidak semua dikalangan mereka yang menonton bola sepak mempunyai banyak wang.

Bahkan ada penyokong yang datang daripada keluarga miskin. Ada juga daripada golongan sakit yang memerlukan wang dan rawatan. Dan macam-macam lagi.

Namun, mereka tetap bersatu hati untuk menentang kenaikan harga. Sekalipun keluar stadium, namun keluar sambil menyanyi lagu pasukan Liverpool.

Apakah kita di Malaysia mampu menjadi atau mencontohi semangat begini?

Kita harga barang dan perkhidmatan terus naik, dengan GSTnya lagi, dan macam-macam lagi drama retorika, adakah kita kekal menjadi penyokong setia?

Tunjukkan protes kita kepada ketidakadilan. Protes bukanlah tanda kederhakaan, tetapi tanda kecintaan kita kepada negara.

Penyokong Liverpool sudah membuktikan bahawa sehebat mana pun kelab dan pasukan, ia tidak makna tanpa sokongan penyokong.

Kita kena menjadi bijak, agar tidak dipijak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *