5 PERKARA TENTANG MEGUIARS QUIK WAX

Apa yang anda tahu tentang meguiars quik wax?

Nama meguiars bukanlah asing dalam bidang detailing kereta di seluruh dunia.

Bagi yang meminati dunia detailing kereta, tidak sah jika tidak merasai pengalaman menggunakan produk jenama ini.

Kali ini, saya kongsikan review saya tentang produk quik wax keluaran Meguiars. Saya dapatkan produk ini menerusi shopee mall Meguiars.

Produk ini direka khas untuk melindungi cat kereta dan menghasilkan kesan kilat pada kereta.

Selepas menggunakan produk ini hampir 6 bulan, berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu tentang ‘Meguiars Quik Wax’.

SANGAT MUDAH DIGUNAKAN

Sebelum ini, saya biasa mengunakan wax biasa. Proses dan kaedahnya sama seperti anda polish kereta. Kadang-kadang ia agak memenatkan.

Tapi, tidak dengan produk ini. Saya hanya perlu spray dan lapkan menggunakan kain micro fibre.
Simple. Tidak penat. Puas hati.

Sebelum itu, pastikan kereta sudah dicuci bersih dan pastikan permukaan kering untuk hasil yang lebih mantap.

KILAT

Sudah namanya wax, pasti tujuan utamanya ialah mengilatkan kereta.

Apa yang membuatkan saya kagum dengan produk ini ialah kesan kilatannya yang sangat optimum.

Air juga mengalir laju dipermukaan kereta. Ia dapat mengurangkan kesan watermark pada kenderaan.

Untuk kereta saya yang berwarna hitam, anda boleh bezakan dengan ketara sebelum dan selepas menggunakan produk ini.

Jujur saya katakan, ia boleh bertahan lama. So, tidak perlu kerap wax kereta anda.

Tapi ia juga bergantung kepada situasi di mana kenderaan anda. Contoh, jika selalu terdedah kepada cahaya matahari dan hujan, kesan wax juga mungkin berkurang.

KUALITI TIT TOP, TAPI HARGA KERAS

Untuk satu produk yang dikenali dan berkualiti, ada harga yang perlu dibayar.

Dengan isipadu sekitar 500ml lebih, harga pasaran di Shopee adalah sekitar RM70.00.

Jika harga menjadi pertimbangan utama, mungkin produk bukan untuk anda. Tapi, kualiti produk ini sememangnya terbaik.

Akhirnya, ia bergantung kepada kemahuan dan kemampuan anda.

MENGHILANGKAN KESAN CALAR? TIDAK.

Ramai yang salah anggap tentang wax. Wax bukan bertujuan untuk menghapuskan calar.

Begitu juga kesan watermark, atau kesan pusaran. Proses wax adalah langkah akhir dalam proses detailing sesebuah kenderaan.

So, produk ini juga begitu. Cuma, oleh kerana mengilatkan kenderaan dengan sangat baik, kesan calar itu dapat disembunyikan.

BERBALOI UNTUK DIBELI?

Kalau anda mahukan proses wax dengan cepat dan mudah, ya, produk ini adalah jawapannya.

Semudah picit, lap, dan kesan kilatnya tetap menawan.

Tetapi, kalau mahukan hasil wax yang lebih ‘high-end’, mungkin anda boleh produk Meguiars wax yang conventional, yang lebih old school.

Saya secara peribadi, suka produk ini. Sangat praktikal dan mudah untuk digunakan.

Apa yang penting, wax lah kereta anda dengan penuh kasih-sayang. Hasilnya pasti menawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *