MENGAPA ANDA PERLU FAHAM POLITIK MALAYSIA

1519cc0208d932cb7d78520ff5474492Saya bukan ahli politik. Saya juga bukan penganalisis politik tanah air.

Saya tidak membawa mana-mana idealogi politik mana-mana parti dalam artikel ini.

Jauh sekali  untuk  mencampuri mana-mana urusan politik mana-mana pihak parti politik.

Tujuan saya menulis artikel ini adalah supaya kita faham apa yang sepatutnya kita perlu faham.

Dalam suausana politik semasa yang mengelirukan umat Malaysia, apa yang penting ialah kita harus kembali kapada apa sebenarnya yang utama. Apa yang sepatutnya kita perlukan dan lakukan.

Untuk memudahkan anda faham, saya minta supaya kita berlapang dada dan menjadi umat yang matang dalam menghadam sesuatu idea dan pendapat.

Politik tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seharian. Berapa ramai dikalangan kita yang ambil peduli dan kisah tentang politik di negara ini?

Kisah politik seolah-olah menjadi kisah eksklusif yang hanya golongan-golongan tertentu sahaja yang terlibat.

Pernah saya ajukan isu-isu politik kepada beberapa kenalan.

Ada yang hanya menganggukkan kepada tanda setuju.  Ada yang sembangnya lebih hebat mengalahkan tokoh politik.

Bahkan analisis mereka lebih menakjubkan mengatasi pakar analisis politik tempatan. Sayangnya, KEBANYAKAN kata-kata dan pendapat mereka hanya di sekitar luang lingkup kedai kopi sahaja.

Apa yang lebih mengujakan saya, ada juga yang tidak tahu menahu bahkan tidak mahu ambil tahu pasal politik. Nama menteri pun ada yang tak diingat. Nasib baik nama PM Najib masih diingat.

Mereka ini lebih selesa dengan kehidupan seharian tanpa ingin ambil tahu tentang urusan politik.

Terpulang kepada anda bagaimana untuk membawa diri menyelami politik semasa.

Untuk apa perlu kita faham? Jika bukan untuk kita, ia adalah untuk anak-anak kita.

Cuba fahami point penting yang saya tuliskan di bawah.

Saya cuba untuk tidak ambil tahu pasal politik. lantak doranglah nak bergaduh mahupun bertengkar. Apa yang saya tahu, makan minum saya cukup.

Tapi saya  sedar satu perkara. Apa-apa keputusan yang berkaitan negara diputuskan oleh ahli politik.

Harga barang naik dan turun diputuskan oleh ahli politik. Dasar-dasar pendidikan di sekolah ditentukan oleh ahli politik.

Harga kereta naik pun orang politik yang putuskan. Harga minyak naik, ahli politik yang umumkan. Sign perjanjian itu dan perjanjian ini, pun orang politik yang mengetuai.

Hutang sana, hutang sini juga melibatkan orang politik. apa yang kita dengar di radio dan lihat di tv, dikawal oleh orang politik.

Orang politik ini merujuk kepada pak-pak menteri. Pak menteri ni pun ialah orang politik.

Pendek kata, semuanya berkait rapat yang sangat erat melibatkan orang politik.

Maka, kehidupan kita di muka bumi tercinta ini diterajui oleh orang politik.

Saya termenung seketika mengenangkan fakta ini.  Ahli politik yang dilantik menjadi menteri mahupun ahli parlimen atau ADUN, semunya dipilih oleh saya, anda, kamu, mereka dan orang kebanyakan.

Bila kehidupan saya dipengaruhi oleh golongan ini, apa-apa yang melibatkan urusan politik, saya ada hak untuk ambil tahu dan masuk campur.

Sudah tiba masanya mentality kita berubah. Bukan untuk menjadi yang kurang ajar. Tetapi menjadi matang sematangnya.

Jika tidak, kita rakyat marhaen yang sangat bergantung harap kepada ahli politik ini, akan kekal seperti apa yang kita ada sekarang.

Syukur, Malaysia masih aman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *