MENGAPA FREEMASON ADA DI MALAYSIA?

1e82dcf05e1fc037a5e655492f68193b

Bagi yang gemar mengkaji bab-bab peristiwa akhir zaman, pasti anda akan terjumpa dengan entiti penuh rahsia bernama Freemason.

Saya tidaklah berhasrat untuk menulis panjang lebar apa itu Freemason. Saya yakin anda sendiri pun boleh menggoogle dan akan menemui beratus tulisan dan cerita mengenainya.

Dan hampir semua cerita yang kita dengar dan mungkin lihat mengenai Freemason ini adalah sesuatu yang negatif. Penuh rahsia dan tidak ada gambaran jelas mengenainya.

Terlintas di fikiran saya, adakah Freemason ini merupakan satu pertubuhan sesat. Mungkin anda juga berfikir seperti saya.

Kalaulah pertubuhan ini sesat, mengapa hampir di setiap bandar besar di Malaysia ada premis Freemason? Jadi anggapan saya yang membisikkan bahawa ia pertubuhan sesat mungkin salah.

Saya suka mengingat anda bahawa di Malaysia ini sangat sensitif dengan perkataan sesat. Apa saja berkaitan kesesatan pasti akan dapat di hidu. Jarang apa-apa yang bersangkut paut dengan sesat ini gagal di kesan.

Kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia yang sangat bertanggungjawab ini pasti akan mencegah mana-mana yang pertubuhan sesat bertapak di negara ini.

Ia sekali lagi seolah menidakkan anggapan saya tadi.

Maka saya membawa perhatian anda kembali kepada tajuk atikel ini..Mangapa Freemason ada di Malaysia?

Berikut ialah persoalan-persoalan  yang bermain di kepala otak saya dan mungkin anda.

#Adakah ia satu pertubuhan kebajikan seperti NGO-NGO lain yang membantu orang-orang susah?

#Adakah ia pertubuhan yang ada kaitan dengan ajaran kristian? Tapi tak pernah pula kelihatan simbol salib pada premis Freemason.

#Adakah ia mungkin hanya pertubuhan untuk orang-orang VVIP sahaja? Tak pernah lagi kedengaran orang-orang kampung bercerita tentang Freemason di kedai-kedai kopi.

#Pernahkah pertubuhan ini muncul di kaca-kaca TV atau majlis-majlis keramaian? Ataupun mensponsor acara-acara ataupun pertubuhan lain?

#Adakah pertubuhan ini ada kaitan dengan Lion’s Club? Atau kelab-kelab berkaitan?

#Siapa sebenarnya ketua pertubuhan Freemason di Malaysia?

#Mengapa tiada berita, gosip, artikel di surat khabar, ataupun pemimpin-pemimpin politik mengulas mengenai pertubuhan ini?

#Bagaimana sebenarnya keadaan di dalam premis bangunan Freemason di Malaysia?

Semua persoalan di atas masih belum saya perolehi jawapannya. Maka sebab itu ia seolah-olah mengiakan apa yang digambarkan di internet.

Di Malaysia tercinta ini, orang lebih kisah tentang berita mengenai GST, kenaikan harga barang, harga minyak, BRIM, Anugerah Juara Lagu, Maharaja Lawak Mega, perkahwinan dan perceraian artis, dan macam-macam hal keduniaan.

Kisah-kisah peperangan dan penindasan di Syria bukan menjadi bualan utama. Kekejaman Rejim Yahudi Zionis di Palestin pun seolah-olah bermusim untuk ditangisi.

Apa lagilah kisah mengenai Freemason.

Teringat saya tentang sebuah peribahasa lama

Semut di seberang kelihatan, gajah di hadapan tidak nampak.

 

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *