MENJANA PENDAPATAN DENGAN MENJADI SEORANG TRANSLATOR

Masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa anda boleh menjana pendapatan atau income dengan menjadi seorang translator.

Siapa itu translator? Translator atau penterjemah adalah pekerjaan yang melibatkan pengalihan antara 2 bahasa, sebagai contoh English ke Bahasa Melayu.

Translator pula melibatkan banyak platform. Antaranya video, suara, teks dan sebagainya.

So, kali ini saya nak bercerita tentang translator based on pengalaman sebenar saya sebagai seorang translator teks. Saya kongsikan apa kriteria, kelayakan dan paling penting, bagaimana untuk menjadi seorang translator.

Jom baca.

MINAT

Perkara nombor satu ialah minat.

Sekiranya anda seorang yang minat dengan kerja-kerja yang berkaitan penterjemahan, kerja ini adalah untuk anda.

Ia memerlukan anda fokus dan banyak masa diperlukan untuk duduk menghadap laptop atau komputer.

BERKEBOLEHAN DALAM LEBIH BAHASA

Ya, minat sahaja tidak cukup. Anda mesti mempunyai kebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa. At least, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Lagi banyak bahasa yang anda tahu, lagi banyak peluang untuk mendapat banyak income.

Cuma, tak perlulah sampai perlukan kelulusan tinggi untuk sebagai kelayakan. Cukup anda faham dan boleh menterjemah perkataan dan ayat dengan baik.

ILMU TERJEMAHAN

Selain tahu banyak bahasa, satu lagi kriteria yang paling penting ialah ilmu menterjemah. Ilmu ini memang anda kena belajar sendiri.

Tidak semua perkataan atau ayat yang boleh kita direct translate atau hanya menggunakan google translate.

Ia perlukan kemahiran dan latihan.

Salah satu caranya ialah dengan mengikuti kursus terjemahan anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBN).

Kemahiran juga boleh dilatih secara sendiri dengan rajin untuk mengkaji dan menterjemah apa sahaja yang berkaitan dengan terjemahan.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI

Mempunyai kemahiran IT dan teknologi yang baik.

Akan banyak berurusan menerusi email dan beberapa aplikasi mengikut keperluan customer.

Salah satu software yang selalu digunakan dalam perterjemahan ialah trados.

KESIMPUAN

Bidang terjemahan dan pekerjaan translator merupakan satu peluang yang harus diambil khususnya bagi yang mereka memiliki kriteria seperti di atas.

Ia dapat dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan.

Pendapatan yang diperolehi juga agak lumayan, kerana segala urusan pembayaran adalah menerusi Dollar USD.

One thought to “MENJANA PENDAPATAN DENGAN MENJADI SEORANG TRANSLATOR”

  1. Saya salah seorang translator, tapi saya tak tahu bagaimana cara saya nak lanjutkan atau kembangkan kebolehan saya. Boleh tuan bantu saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *