Skip to main content

3 UNGKAPAN SEMPENA HARIJADI ISTERI TERCINTA : IKHLAS DARIPADA SUAMIMU

original_wife-happy-birthday-card

Salam untuk semua pembaca. Artikel kali ini saya tulis adalah ditujukan khas untuk isteri saya yang tercinta. Perkongsian diharap dapat menjadi inspirasi kepada para suami agar turut memberikan hadiah yang bukan sahaja berbentuk material semata, tetapi hadiah keikhlasan dan kepercayaan kepada isteri.

Tanggal 7 november (seven eleven) merupakan tarikh keramat dalam kehidupan saya setiap tahun. Ini adalah hari ulang tahun kelahiran isteri saya yang tersayang. Dan seperti tahun sebelumnya, akan adalah kek sebagai simbol sambutan hari lahir. Dan ada sedikit hadiah daripada saya tanda ingatan suami kepada isteri.

Bezanya tahun ini dapat saya dapat luahkan dalam bentuk penulisan blog. Mungkin ada lelaki ni agak berat sikit mulut untuk berkata. Kali ini biar jari pula meluahkan ungkapan kepada isteri. Dan ada 3 ungkapan magik yang ringkas huraiannya.

Read More

KISAH BENAR PENGALAMAN BERADA DI ISRAEL : MENGENALI MUSUH KITA BANGSA YAHUDI

808bf61a3b024b6768e72aa3f8cc8b00

Bila saya menulis tentang kisah yahudi, yang terbayang di fikiran pastinya kekejaman tentera yahudi membunuh orang Palestin. Semua orang tahu bagaimana jahatnya orang yahudi ini. Dan bangsa ini terkenal denganĀ  kecerdikan mereka. Sehingga banyak benda disekeliling kita tanpa kita sedar berkait rapat dengan bangsa laknat ini.

Kita sering dihebahkan dengan kempen boikot barangan Israel. Dan saya sangat menyokong kempen ini. Tapi, berapa ramai dikalangan kita yang kenal akan bangsa ini. Untuk berperang dengan musuh, kita kena kenal siapa musuh kita. Realitinya sekarang ialah musuh sebenar pun kita tidak kenal. Musuh yang depan mata pun kita tak nampak.

Penulisan ini saya bersumberkan daripada ceramah seorang ustaz yang menceritakan kisah seorang sahabat muslim dari negara jiran yang dihantar belajar oleh negaranya ke Israel. Bukan senang untuk seseorang muslim menjejak kaki ke Israel. Dan berikut beberapa fakta benar yang dikongsikan untuk kita sama-sama fikirkan.

Read More

BAGAIMANA INGIN MENJADI PENSEDEKAH YANG KONSISTEN SETIAP HARI

6057944277_c8b0e2d257_z

Salam untuk semua pembaca. Saya yakin ramai dikalangan anda pernah memberi sedekah. Tidak kira la dalam bentuk apa, selagi namanya sedekah. Kalau difahami maksud sedekah itu sangat luas definisinya.

Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa bersedekah. Kita boleh baca banyak kisah berkaitan sedekah pada zaman Nabi SAW dan para sahabat. Saya tidaklah mahu menulis tentang sejarah bagaimana sahabat nabi membudayakan sifat bersedekah. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai muslim untuk memahami dan mempelajari sejarah, bukan sekadar hafalan untuk menjawab peperiksaan.

Baiklah..kembali pada topik sedekah, berapa ramai dikalangan kita yang ada sedekah hari ini?? Di mana anda sedekah?? Soalan cepu emas untuk ditanya dan dijawab dalam hati. Sedekah melibatkan 2 pihak iaitu yang diberi sedekah dan pemberi sedekah.

Read More

4 TIPS UNTUK SUAMI MENGURAT ISTERI : BERCINTA BIAR SETIAP HARI


I-Love-You-Buttons-Images

Salam untuk semua pembaca. Dikalangan pembaca mungkin ada yang belum atau sudah berkahwin. Artikel ini sangat sesuai dibaca khusus untuk sang suami, dan mereka yang bakal-bakal menjadi suami.

Pernah melalui zaman bercinta sebelum kahwin? Pada masa itu semuanya nampak sungguh indah. Tapi selepas berkahwin, dugaan yang datang kadang-kadang dapat menggoncangkan keindahan.

Namun, ada tips yang saya akan kongsikan untuk anda baca. Tips yang nampak simple, tetapi yang simple inilah yang dapat melahirkan keseronokan dalam rumahtangga. Pernah mengurat? Ya..saya yakin majoriti lelaki sinonim dengan perkataan ini.

Sebelum berkahwin, istilah mengurat ini adalah umpama senjata dalam melahirkan perasaan kepada kekasih. Ayuh..biar istilah mengurat itu terus dibawa dalam alam rumahtangga. Daripada mengurat itu, lahirnya perasaan cinta. Biar bercinta setiap hari..

Read More

5 KISAH LUAR BIASA MAKHLUK YANG DICIPTAKAN YANG TIDAK ADA IBU

unta siluet

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam untuk semua pembaca..Artikel yang saya tulis kali ini adalah kisah benar tentang 5 makhluk yang diciptakan Allah SWT tanpa ibu dan bapa. Saya yakin mungkin ramai yang tahu berkenaan cerita ini.

Kisah ini merupakan antara cebisan kisah-kisah ajaib yang terdapat dalam Al-Quran yang menunjukkan betapa Allah SWT Maha Besar. Kisah ini terjadi semasa pemerintahan kalifah Saidina Umar r.a. Pada suatu hari, ada seorang yahudi datang ke pejabat kalifah. Dia mengadu untuk masuk Islam kepada Saidina Umar…dan berjanji untuk membawa semua anggota keluarganya sekali memeluk Islam. Tetapi mengenakan satu syarat. Orang yahudi ini bertanya, apakah 5 makhluk yang dilahirkan tidak ada ibu, dan lahir tidak melalui ibu.

Read More