PANDUAN DOA MEMULAKAN MESYUARAT (Bahasa Melayu)

Sebelum memulakan sesuatu mesyuarat atau perjumpaan, seeloknya dimulakan dengan bacaan doa.

Kali ini saya kongsikan panduan doa mesyuarat yang boleh dipraktikkan sebelum memulakan mesyuarat.

Panduan ini memfokuskan kepada tulisan rumi sahaja (tidak disertakan tulisan arab), khususnya bahagian doa dalam bahasa Melayu.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan dapat dijadikan amalan. Jom baca.

DOA MESYUARAT

Segala puji untukMu Ya Allah,

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda serta para sahabatnya.

Kami pohon limpah kurnia dan ihsan Mu, anugerahkankan kami ilmu yang bermanfaat, hati yang kyusuk, amalan yang diredhai, rezeki yang luas, dan jalan yang lurus. Bukakanlah pintu hati kami agar sentiasa mendapat taufik dan hidayah Mu.

Ya Allah Ya fattah ya a’liim,

Permudahkanlah jalan supaya kami dapat membuat keputusan yang tepat. Selari dengan kehendak Mu. Bukakanlah hati hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan dalam melaksanakan tanggungjawab kami.

Ya Allah,

Jadikanlah mesyuarat kami ini satu pertemuan dan perbincangan yang Engkau redhai. Mudah mudahan segala keputusan dan tindakan kami dapat memenuhi kehendak dan perintah Mu. Terimalah segala kerja dan tugasan kami sebagai amal ibadah kepada Mu.

KESIMPULAN

Allah SWT berfirman :

“Apabila hamba hamba Ku bertanya kepadamu hai Muhammad, tentang Aku, katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat. Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa padaKu jikalau ia telah memohonkan itu padaKu…..”

(Al Baqarah : 186)

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan dikongsikan kepada orang lain.

Jika kita selalu amalkan doa dalam apa juga aktiviti kita, Insya Allah akan menjadi satu budaya dan kebiasaan dalam kehidupan seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *