Kali ini, saya kongsikan panduan untuk doa perpisahan untuk sesuatu majlis perpisahan.
Doa ini disusun mengikut tulisan rumi.
Semoga panduan doa perpisahan ini dapat memudahkan urusan anda. Jom baca.
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat Baginda sekalian.
Kami rafakkan kesyukuran di atas izin Mu, dengan nikmat kesihatan dan kesejahteraan, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman, sehingga kami dapat berkumpul pada majlis ________________________.
Sesungguhnya kami menyedari dengan penuh keinsafan, bahawa setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya. Jesteru, jadikanlah pertemuan kami bersama-sama insan yang dirai, sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang, dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau amat menyayangi hamba Mu, yang melaksanakan tugasan dan amanah dengan tekun sehingga mencapai tahap kecemerlangan.
Kami warga___________________________ amat mengharapkan agar Engkau kurniakan kepada insan yang diraikan pada hari ini kesihatan yang sempurna, ketenangan yang bermakna, dan keazaman untuk terus menabur budi dan bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Amin.