PANDUAN TEKS UCAPAN HARI PERPISAHAN GURU SEKOLAH

PANDUAN TEKS UCAPAN HARI PERPISAHAN GURU SEKOLAH

Salah satu tempat pekerjaan yang sering berlakunya hari perpisahan disebabkan pertukaran atau perpindahan, ialah sekolah yang melibatkan guru sekolah.

So, bila pihak sekolah mengadakan hai perpisahan, guru terbabit biasanya akan diminta untuk memberi ucapan sepatah kata. Walaupun sebagai guru, kadang kadang membagi ucapan sebegini agak menyulitkan.

Kali ini saya kongsikan sedikit panduan teks ucapan bersempena hari perpisahan untuk memudahkan guru yang diraih, mendapat idea untuk memberi ucapan.

Teks ucapan ini ditulis dengan mengambilkira ucapan untuk disampaikan dikalangan rakan staf dan sekerja.

Jom baca.

PANDUAN TEKS UCAPAN HARI PERPISAHAN

Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang berusaha, Tuan / Puan ………………………………………………… (Guru Besar / Pengetua)

Yang dihormati,

…………………………………………………………………………………. (Guru-guru Penolong Kanan Satu/ Hal Ehwal Murid/ Kokurikulum)

Serta semua rakan guru dan staf sekolah ini yang dikasihi sekalian.

Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap perjalanan, pasti ada perhentiannya. Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahannya. Cuma bezanya, hanya cepat atau lambat. Itulah fitrah kehidupan yang pasti akan berlaku.

Tahun ini, genaplah saya berkhidmat selama 8 tahun di sekolah tercinta ini, bermula dari tahun 2…… hingga 2……. Saya dahulukan ucapan penghargaan saya kepada semua rakan staf di atas jasa baik sepanjang tempoh pengenalan dan perkhidmatan saya.

Sekalung penghargaan juga saya berikan kepada kepada semua khususnya Guru besar, kerana memberi kepercayaan kepada saya mengurus dan mentadbir segala urusan di sekolah ini.

Begitu banyak kenangan manis dan pahit yang akan yang akan saya sematkan dalam lubuk hati saya. Semua yang baik akan saya jadikan pegangan, dan yang tak berapa baik sebagai teladan.

Mohon dihalalkan segala makan dan minum sepanjang saya bertugas di sekolah ini. Semoga ucapan perpisahan ini tidak akan memutuskan hubungan erat yang sedia terjalin antara kita.

‘Friends stay together, never say goodbye.’

Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, terimalah pantun khusus untuk rakan-rakan di sekolah ini.

Tuai padi antara masak,

esok jangan layu-layuan,

intai kami antara nampak,

esok jangan rindu-rinduan.

KESIMPULAN

Semoga perkongsian teks hari ucapan perpisahan ini dapat memberi manfaat kepada anda. Insya Allah.

p/s: Panduan teks ucapan hari perkahwinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *