PENDIDIKAN DI MALAYSIA : MELAHIRKAN BANGSA PELOPOR ATAU PENGEKOR?

88b6ca4607e37940a3024d7de0cda15a
Pelopor atau pengekor

Pelopor ialah bangsa yang mendahului dalam mencipta. Mencipta sesuatu untuk kegunaan dan manfaat manusia. Manakala pengekor ialah bangsa yang mengikut hasil ciptaan pelopor. Bangsa ini ialah pengguna bukan pencipta.

Untuk memahami topik ini, anda harus faham bahawa pendidikan itu mempunyai pengertian yang sangat luas. Ia sebenarnya bermula daripada proses kelahiran sehinggalah kematian.

Pendidikan itu diperlukan untuk mendapatkan ilmu. Maka, jatuh bangun sesuatu bangsa itu adalah kerana ilmu.

Menyatakan tentang bangsa bukan bermaksud ini tulisan berbaur perkauman. Nawaitu penulisan ini ialah menegaskan betapa ilmu mencorakkan sesuatu bangsa.

Bagi mencorakkan sesuatu bangsa, sistem pendidikan merupakan tool paling penting untuk mendapatkan ilmu.

Persoalannya…Adakah pendidikan yang diperolehi hari ini dapat menjadikan kita bangsa pelopor? Bukan untuk mempertikaikan sistem yang sedia ada. Tetapi sekadar membuka minda tentang realiti dan hakikat yang sedang dihadapi.

Di penghujung artikel ini anda akan faham mengapa pentingnya kita perlu menjadi bangsa pelopor.

Apa itu Bangsa Pelopor?

Baiklah.. cuba perhatikan disekeliling kita. Berapa banyak benda yang kita nampak telah dicipta,direka atau dikeluarkan oleh bangsa kita.

Untuk memudahkan lagi anda anda faham pengertian pelopor dan pengekor, saya perkenalkan dengan beberapa tokoh dibawah.

Tokoh-tokoh ini lahir dikalangan bangsa pelopor. Bangsa-bangsa pelopor inilah sebenarnya sedang menguasai dunia.

Pencipta lampu isyarat  – Charles Adler, Jr. 

Pencipta pertama mikrofon – Jeremain Emile Berliner 

Jeans Levis –  Levi Strauss

Google – Sergey Mikhaylovich Brin 

Starbucks – Howard Schultz

Dell – Michael Dell

Baskin and Robbins – Irv Robbins

Dunkin Donuts – William Rosenberg

CNN – Wolf Blitzer

Saya yakin produk hasil rekaan tokoh di atas sangat dekat dengan masyarakat kita. Saya fokuskan kepada tokoh di atas kerana mereka semua adalah daripada bangsa Yahudi.

Yahudi?? Bangsa yang seringkali kita cemuh maki macam-macam tetapi akhirnya kita mengagungkan ciptaan mereka..mungkin tanpa sedar.

Yahudi walaupun bilangannya tidak ramai di muka bumi berbanding umat islam, namun mereka jauh kehadapan dalam menjadi bangsa pelopor terulung.

Bagaimana pula dengan bangsa pengekor??

Bangsa pengekor sebenarnya ialah bangsa yang ketinggalan. Ketinggalan itu akhirnya membawa kepada kemunduran.

Kemunduran yang berpunca daripada ketidak ada daya saingan untuk berlumba untuk menjadi bangsa pelopor.

Point yang ingin saya highlightkan disini ialah dimana bangsa kita setelah puluhan tahun merdeka. Adakah pendidikan yang saban tahun berubah-ubah ini sudah melahirkan bangsa pelopor?

Atau sudah semakin hampir..atau masih belum pasti.

Adakah masyarakat sudah selesa dengan keadaan sekarang?? Adakah hanya sekadar menanti teknologi-teknologi baru di pasaran?

Mungkin tekanan hidup seharian menjadikan kita sudah malas untuk memikirkan aspek kepeloporan. Mungkin GST, harga barang, BRIM, dan harga minyak perlu lebih diutamakan topiknya.

Segala persoalan dan kemungkinan yang berpusing-pusing ini akhirnya membawa saya kembali kepada tajuk utama artikel ini.

Nantikan sambungan seterusnya…

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *