PEWANGI KERETA TERBAIK DARI OMNIBUS CARALL (REVIEW)

Pewangi kereta terbaik dari omnibus carall (review)

Kali ini, saya ingin berkongsi review tentang pewangi kereta terbaik dari Omnibus Carall.

Produk ini adalah keluaran jenama Carall yang dibuat dan diimport sepenuhnya dari Jepun. (FB: Carall Malaysia)

Produk ini mempunyai 3 jenis wangian. Ia hadir dalam bentuk cecair.

Saya memilih wangian best selling dari Omnibus Carall iaitu ‘white musk’ untuk dijadikan sebagai kegunaan harian.

Saya boleh katakan, ini antara produk pewangi kereta terbaik yang pernah saya gunakan.

Mengapa? Jom baca review saya dalam 5 perkara tentang pewangi kereta ini.

PACKAGING YANG MANTAP

Bagi yang biasa membaca review produk dari saya, anda mesti tahu yang saya sangat ‘detail’ tentang packaging.

Sebagai pembeli, kita ada hak untuk mendapat produk yang terbaik, termasuklah packagingnya.

Omnibus Carall memenuhi kriteria tersebut. Kotak yang solid, tulisan kemas dan menarik, serta terasa feel premiumnya.

SAIZ YANG BESAR

Berbanding sebelum ini, produk ini adalah pewangi kereta paling besar yang pernah saya gunakan.

Mempunyai stick atau diffuser yang perlu dimasukkan dari atas penutupnya. Rekaan Omnibus Carall ini seakan pewangi dalam rumah.

Ia juga mengandungi air wangian sebanyak 160ml. So, no wonderlah saiznya agak sedikit bulky.

Saya suka dengan rekaan botolnya yang unik.

SOFT, PREMIUM, MEWAH

3 perkataan yang menggambarkan perasaan saya ketika menggunakan pewangi kereta ini.

Saya jamin yang wanginya tidak tajam menusuk hidung. Baunya sukar untuk dijumpai pada produk lain yang ada dipasaran.

Ia memberikan nilai rare, ekslusif dan berbeza dengan orang lain.

Baunya juga membuatkan anda merasa seperti menaiki kereta mewah dari Jepun.

BERAPA LAMA TAHAN?

Soalan yang paling ramai orang tanya tentang pewangi kereta.

Ketika menulis artikel ini, sudah hampir lebih 4 bulan saya gunakannya sebagai kegunaan harian.

Menariknya, masih ada dalam 15% – 20% lagi baki kandungan yang ada.

Wanginya masih lagi bertahan, walaupun tidaklah sekuat atau sewangi ketika 3 bulan yang pertama.

Pada saya, ia sudah cukup bagus.

HARGA DAN JAMINAN

Untuk produk yang menawarkan saiz yang besar, wangi yang mewah, dan ketahanan yang lama, pastinya harga juga mesti setimpal.

Satu botol pewangi kereta ini saya beli dengan harga RM58.00 (harga waktu itu) di Shopee. Tidak termasuk kos penghantaran dan promosi yang berjalan.

Pihak Carall juga telah memberi jaminan yang semua produk mereka adalah selamat digunakan.

KESIMPULAN

Kalah membeli, menang memakai. Omnibus Carall white musk menjanjikan satu pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

Satu pembelian yang sangat berbaloi untuk anda yang mahukan kelainan dan kepuasan.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan membantu anda menyelesaikan kebuntuan mencari pewangi kereta.

P/S

Artikel ini tidak berbayar. Pengalaman sebenar penulis.

Baca juga artikel lain saya berkaitan pewangi kereta :

5 perkara tentang pewangi kereta Manees

5 jenis pewangi kereta yang saya suka dan anda perlu cuba

2 thoughts to “PEWANGI KERETA TERBAIK DARI OMNIBUS CARALL (REVIEW)”

  1. bagusnya.. memang nak beli tapi duk cari review sebab harga dia mahal kalau berbaloi ok. thx u bro. baru boleh beli dengan tenang .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *