ROBERT BOYLE : KISAH SAINTIS KIMIA MENJADI PENGKAJI JEMBALANG

Kali ini saya membawa pembaca kepada satu kisah dalam banyak-banyak kisah yang mengkisahkan tentang cita-cita dan kehidupan. 
Apa yang kita jadi pada hari ini, belum tentu akan berterusan selamanya. 
Saya membawa anda kepada satu cerita tentang seorang manusia yang bernama Robert Boyle. Salah satu sebab mengapa saya memilih kisah ini adalah kerana bagaimana kegagalan atau kejayaan tidak menghalang untuk terus berani mencuba ilmu-ilmu baru.
Siapa sebenarnya Robert Boyle ini?
Robert Boyle (1627 – 1691) adalah anak ke-7 kpd Earl of Cork, iaitu salah seorang tokoh terkaya di Britain.
Pada usia mudanya Boyle bercita-cita ingin menjadi penulis dan malah telah mengubah beberapa siri muzik seperti Upon the Sigthing of a fair, Milkmaid Singing to Her Cow and Upon My Spaniel’s Carefullness.
Penerimaan karya beliau sangat teruk dikalangan masyarakat pada waktu itu. Sehinggakan beliau beralih arah ke bidang sains. Buku beliau bertajuk The Sceptical Chemist, yang diterbitkan pada tahun 1661.
Kajian beliau ini menerangkan tentang tekanan isipadu gas. Penemuan dalam kajiannya masih dipelajari dan digunakan dalam silibus pelajaran di sekolah-sekolah sehingga ke hari ini.
Robert Boyle juga merupakan salah seorang pengasas Royal Society, dan pernah digelar sebagai bapa kimia moden.
Meskipun begitu, disebalik kejayaan yang dikecapinya, beliau mempunyai satu sifat yang pelik. Beliau sangat obses dengan cuaca.
Beliau telah menghasilkan sendiri beberapa jenis jaket daripada bahan-bahan berbeza untuk dipakai pada cuaca yang berbeza-beza.
Antara sifat peliknya ialah sebelum keluar rumah, beliau akan mengambil bacaan suhu terlebih dahulu menggunakan sejenis termometer ciptaannya sendiri.
Malangnya,dipendekkan cerita pada suatu hari, Robert Boyle akhirnya terperangkap dalam satu ribut yg kuat. Peristiwa ini mengakibatkan beliau trauma sehinggakan mendorongnya beralih arah ke bidang keagamaan.
Robert Boyle mempercayai bahawa eksperimen saintifik adalah kerja Tuhan, dan hanya boleh dilakukan pada hari Sabbath.
Antara kajian beliau ialah pernah menemubual para pelombong utk mengenalpasti berapa banyak di kalangan mereka yg pernah terserempak dengan jembalang bawah tanah.
Kesimpulan 
Walaupun kisah ini mungkin agak tak masuk akal dan lucu, tetapi ini adalah hakikat tentang sebuah kehidupan.
Buka minda dan hati kita untuk belajar daripada kisah ini.
Kegigihan seorang manusia yang tak yang bermula dengan kegagalan dalam bidang muzik, kemudian menjadi masyur dalam bidang sains, sehinggalah keobsesan peliknya membawa kepada akhirnya menjadi pengkaji jembalang.
* Artikel ini adalah bersumberkan nukilan kiriman daripada Mohd Farid. 
INGIN MENJADI BOMOH MODEN
MOHAMAD HAFIZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *