SAYA TIDAK FAHAM MENGAPA ORANG LAIN TIDAK FAHAM

confusion_by_kara_a-d6mdoi4

Pernahkah anda mengalami situasi seperti tajuk artikel ini?

Mungkin ya dan mungkin tidak. Atau mungkin anda tidak menyedari bahawa anda juga mengalami detik situasi yang sama seperti saya.

Keadaan ini kadang-kadang menyulitkan kehidupan saya. Ia mengundang stress dan akhirnya mempengaruhi produktiviti kerja seharian.

Sehinggalah pada suatu hari saya tergerak untuk berfikir tentang perlunya saya muhasabah diri.

Mungkin ini langkah terbaik dalam mencari jawapan atau sekurang-kurangnya membantu saya memahami keadaan.

Untuk mudah faham, saya ringkaskan 3 situasi yang berlainan tetapi membawa motif yang sama.

Cuba fahami situasi ini. Dan selepas itu kita akan kerahkan minda untuk mencari titik persamaan dalam mencari satu penyelesaian.

Cara ini mungkin tidak semestinya mujarab untuk menjawab persoalan saya. Tapi, mungkin ia dapat membantu anda melihat suatu masalah dari sudut yang berbeza.

SITUASI 1

Cuba bayangkan, situasi ini. Situasi dimana anda sebagai seorang bapa sedang mengajar anak untuk membaca A,B,C,D,dan E.

Pelbagai teknik dan kaedah sudah digunakan.

Tetapi anak masih tidak dapat menguasai atau mengenal huruf dengan baik.

SITUASI 2

Anda seorang ibu mengajar anak perempuan memasak. Ramuan dan segala sukatan bahan sudah diajar.

Gaya dan teknik masakan sudah diperturunkan.

Tapi, hasilnya masih tidak memuaskan. Masakan yang dimasak masih belum mampu menandingi masakan ibu.

SITUASI 3

Anda seorang pelajar yang sedang menelaah pelajaran habis-habisan untuk menduduki peperiksaan.

Segala rumus dan nota sudah dihafal,diulang dan dikaji. Namun, ketika masa peperiksaan,apa yang dipelajari mungkin tidak sama dengan hasilnya.

Pendek kata ialah gagal dalam menjawab peperiksaan dengan baik.

APA YANG SAYA FAHAM MENERUSI 3 SITUASI INI

Anda cuba amati situasi di atas.

Berikut adalah point yang mungkin menjawab persoalan saya. Saya gabungkan permasalahan ini untuk menghasilkan beberapa dapatan.

PERTAMA  –  Setiap manusia itu TIDAK sama. Tidak semua manusia itu berkongsi gaya,cara, dan perwatakan.

KEDUA  –  Bakat antara manusia adalah berbeza-beza. Bakat ini adalah keistimewaan yang dimiliki setiap individu. Ia tidak boleh diwarisi.

KETIGA  –  Teknik dan strategi dalam menghadapi sesuatu situasi itu kena pelbagai. Jika ia tidak berhasil, kena gunakan kaedah yang berlainan agar mencapai objektif yang ditetapkan.

KEEMPAT  –  Kena fahamkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menghadapi sesuatu situasi. Fahamkan keadaan ketika itu. Jika kita belum faham, maka sukar untuk orang lain turut faham.

KELIMA  –  Sebelum membuat sesuatu tindakan, kena fikir sedalam-dalamnya. Fikir dalam erti kata bertanya kenapa, mengapa, apa, siapa, dan dimana.

KESIMPULAN

Sekarang, mungkin ada yang sudah mula faham apa yang harus kita faham.

Tidak susah untuk faham. Tetapi apa yang sukar ialah membuatkan orang lain faham akan kita.

Diakhir artikel ini, saya ingin membawa perhatian anda kepada satu hakikat.

Hakikat bahawa kefahaman itu sebenarnya adalah rezeki daripada Allah. Allah yang memberi kita ilham untuk faham.

Soal sudah faham dan masih tidak faham itu perkara nombor dua. Apa yang menjadi keutamaan ialah apa usaha kita untuk faham dan memahami.

Teruskan mencari dan membaca pelbagai lapangan jenis ilmu untuk menambah kefahaman kita kepada hakikat dunia yang sedang kita pijak ini.

Insyaallah..anda akan faham. Dan mesti faham.

 

MOHAMAD HAFIZ
SAYA JENIS SUSAH NAK FAHAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *