SELAMAT HARI JADI ANAK KE 3 TAHUN : 5 PERKARA SEBAGAI PERKONGSIAN

ec2e2265d8f33a5ff095e34f11332574-d3fmv68

15 September 2016. Genap 3 tahun anak sulung menghiasi kehidupan keluarga kecil kami suami isteri.

Pejam celik pejam celik, tempoh 3 tahun sangat singkat. Sesingkat sehingga usia saya sendiri pun tak terasa turut meningkat sama.

Anak yang dulunya kecil dalam dukungan, kini sudah berat lebih dari 10kg kampit beras. Lariannya semakin laju, seiring dengan kepetahan bercakap seperti rakan seusianya yang lain.

Saya akui, tempoh tiga tahun membesarkannya, tahun yang ke 3 ini agak kritikal khususnya saya sebagai bapa dalam mendidik anak.

Pelbagai perkara baru saya pelajari dan alami dalam usia anak yang semakin membesar ini. Ia seolah reflect kepada saya.

Teringat ibu dan bapa semasa saya diusia yang sama seperti anak saya. Mereka juga pernah lalui seperti yang saya lalui sekarang.

Sebab itu saya tekankan, perlunya setiap ibubapa di Malaysia ini update dan upgrade ilmu berkaitan keibubapaan. Nasihat yang juga saya tujukan kepada diri sendiri.

Tanggungjawab kita sebagaiĀ  ibubapa bukan hanya memberi makan dan minum, bahkan lebih besar daripada itu.

Saya kongsikan 5 perkara yang penting untuk saya kongsikan khusus sempena hari jadi anak yang ke 3.

SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR

Syukur dengan apa yang saya ada. Syukur diberi kekuatan,rezeki dan kelapangan dalam membesarkan anak.

Kadang-kadang, manusia biasa memang aka nada saatnya lupa bersyukur.

Sebab itu saya highlightkan perkataan ini 3 kali. Supaya saya dan anda akan terus ingat bersyukur kepada Pemberi nikmat.

SABAR, SABAR, SABAR

Inilah sifat yang paling memerlukan istiqamah. Senang cakap, tapi tidak sesenang mulut bercakap.

Memang, pada usia umur tiga tahun, tingkah laku dan perlakuan anak memerlukan kesabaran yang tinggi.

Sebab itu, kegagalan untuk bersabar membuatkan kita sangat mudah mengikut perasaan khususnya apabila anak mula meragam.

ANAK SEMAKIN PERLUKAN PERHATIAN

Masuk usia 3 tahun ini memang kepintaran pun akan berkembang sama. Bila sudah pintar, segala gerak geri kita akan dijadikan contoh dan perhatian.

Saya perhatikan, anak sudah semakin perlukan perhatian. Kadang-kadang, manja akan menjadi-jadi sekiranya saya tidak memberi cukup perhatian pada sesuatu keadaan.

Jangan hairan, pada usia begini kadang keluar sikap memberotak. Bila dah berperangai sebegitu, tanda saya kena membuat sesuatu.

Jangan asyik bermain handphone. (nasihat untuk diri sendiri)

CREATE THE MOMENT

Pernah tak anda mengalami keadaan dimana kehilangan gambar-gambar bersama anak?

Memang agak terkilan dibuatnya. Benda yang sama turut saya alami.

Sebab itu, kalau boleh, nikmatilah saat-saat indah bersama anak dengan mengambil gambar atau video.

Luangkan masa sekurang-kurangnya hujung minggu ke tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.

Kenangan menerusi gambar atau video itu adalah sangat bernilai harganya.

BELAJAR MEMPERBETULKAN KESILAPAN

Seperti yang saya katakan sebelum ini, semua manusia pasti akan kesilapan. Bezanya ialah samada kita berusaha atau tidak dalam memperbetulkan keadaan.

Sebagai contoh, mungkin kita gagal mengawal perasaan. Akhirnya satu cubitan atau tamparan akan mengenai anak tanpa kawalan akibat mengikut emosi.

Benda itu akan sentiasa berulang sekiranya tidak ada usaha daripada ibubapa sendiri untuk memperbaiki sikap dan sifat.

 

HAPPY BIRTHDAY MY SON

Semoga dalam usia 3 tahun ini, anak saya terus diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh.

Saya bukanlah bapa yang hebat seperti ayah-ayah diluar sana. Tulisan yang saya nukilkan ini juga sebenarnya teguran dan nasihat untuk saya sendiri.

Jauh disudut hati saya, semoga Allah memberi kekuatanĀ  dalam membimbing keluarga kecil saya dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Amin.

 

MOHAMAD HAFIZ
DADDY KEPADA MUHAMMAD HARRAZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *