CINTA DARI TAJ MAHAL : SATU KISAH YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

CINTA DARI TAJ MAHAL: SATU KISAH YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Taj Mahal, simbol percintaan agong Raja Moghol yang ke 5 iaitu Shah Jehan dan Mumtaz Mahal yang diabadikan dengan pembinaan salah satu monumen indah di dunia.

Kisah ini saya yakin ramai yang tahu. Saya yakin juga orang yang sedang dilamun cinta akan membayangkan percintaan ini.

Namun, disebalik Taj Mahal itu, ada tersembunyi kisah yang mungkin ramai tidak pernah tahu.

Pernahkah anda terfikir mengapa monumen ini memberikan ketenangan kepada pengunjung dan pemerhatinya?

Dengan melihat gambar Taj Mahal pun hati jadi sayu. Apatah lagi dengan melihat dengan mata sendiri.

Sebenarnya Taj Mahal bukanlah sekadar monumen kosong.

Ada tarbiyah yang ditinggalkan oleh Shah Jehan untuk Umat Islam. Jom baca.

TARBIYAH RATUSAN TAHUN

Tarbiyah yang saya maksudkan ini sudah beratus tahun dan ia kekal relevan hingga akhir zaman.

Tarbiyahnya terletak pada tulisan ayat Al-Quran yang terdapat di dalam Taj Mahal.

Siapa sangka bangunan indah ini memiliki hiasan-hiasan daripada ayat Al-Quran. Bukan sekadar hiasan semata-mata.

abfdc76badee47c379a50c71ce02c24a

AYAT SUCI AL-QURAN DAN TAJ MAHAL

Apabila memasuki Taj Mahal, akan terlihat Surah Al-Fajr.

Surah yang menceritakan keberkatan di waktu pagi. Melalui surah ini juga diceritakan kaum-kaum yang terdahulu yang mempunyai bangunan-bangunan hebat namun akhirnya di azab Allah akibat daripada kerosakan yang dilakukan mereka sendiri.

Kemudian, masuk sahaja ke dalam bangunan, akan kelihatan ia dihiasi dengan Surah Yassin. Surah Yassin umpama hati Al-Quran. Surah yang sangat dekat dengan hati Umat Islam.

Di pintu kecil memasuki makam tertulisnya Surah Al-Takwir.  Surah yang menceritakan mengenai Tauhid. Melalui surah ini juga, Allah juga menceritakan perihal Hari Kiamat.

Di anjung sebelah kiri dihiasi dengan Surah Al-Insyiqaq. Surah ini berkaitan dengan kekeluargaan.

Allah menceritakan orang mukmin yang menerima catatan amalannya di sebelah kanan akan kembali kepada keluarganya dengan penuh kegembiraan.

Di bahagian tersebut juga turut dihiasi dengan Surah Al-Mulk. Surah ini mengandungi cerita-cerita mengenai Hari akhirat.

Di tepi pula terletak sebuah masjid yang turut di bina oleh Shah Jehan. Setiap hari Jumaat Taj Mahal akan ditutup dan umat Islam akan mendirikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

TIADA GAMBAR, TIADA AYAT CINTA

Tiada gambar-gambar percintaan yang terdapat di dalam Taj Mahal.

Begitu juga tiada ayat-ayat cinta Shah Jehan dan Mumtaz Mahal yang kita nampak. Apa yang kita dapat ialah tarbiyyah percintaan daripada ayat-ayat Al-Quran.

Pembinaan masjid pula dijadikan sebagai wakaf. Bayangkan selagi manusia sujud mendirikan ibadah di sana, selagi itulah pahala terus mengalir bersama pemiliknya sehingga hari akhirat.

RESEPI CINTA AGUNG

Shah Jehan meninggalkan satu resepi percintaan agung yang sangat halus untuk kita pelajari.

Percintaan suami isteri yang berterusan hingga ke alam kubur . Percintaan penuh keikhlasan dan kejujuran yang berpegang kuat kepada Islam.

Inilah rahsia keagungan kisah percintaan Shah Jehan yang jarang didendangkan.

Tarbiyah daripada Al-Quran ini umpama cahaya yang sentiasa menjadikan Taj Mahal begitu indah dan tenang untuk dipandang.

Ayat-ayat Al-Quran itu merupakan mukjizat yang diberikan kepada Umat Islam. Ia bukannya sekadar untuk di letak di dinding-dinding rumah sebagai perhiasan.

Ianya adalah untuk dibaca, difahami, dan diamal.

KESIMPULAN

Mulai hari ini, buang jauh-jauh imej percintaan terlampau duniawi yang digambarkan terhadap salah satu monumen ajaib dunia ini.

Jika ada rezeki, lawatlah monumen indah ini.

Mudah-mudahan kisah cinta kita juga akan hebat, sehebat cinta dari Taj Mahal.

Bercinta biarlah sampai ke kubur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *