Tekanan stress: Melihat tekanan dari sudut berbeza

Tekanan itu stress. Stress itu tekanan. Tekanan stress! Awas. Sila baca dahulu, jangan tekanan stress.

Tekanan sebenarnya sangat diperlukan dalam kehidupan. Jika ada yang kata, tekanan itu tidak berguna, itu adalah satu kenyataan dangkal.

Hidup perlu untuk ditekan. Dan tekanan juga diperlukan untuk terus hidup. Ia fitrah yang tidak boleh dielak.

Jika tiada tekanan, hidup ini membosankan.  Tekanan akan memastikan kehidupan kita sentiasa bergerak. Jangan stress dengan kenyataan ini. Memang tekanan itu sesuatu yang tidak disukai.

Tiada siapa yang sukakan tekanan. Namun, itulah hakikat kehidupan. Tekanan akan muncul di mana-mana.

Saya bagi contoh beberapa situasi seperti berikut.

Sesuatu kerja terpaksa disiapkan, kerana disebabkan tekanan.

Seorang pelajar akan tetap  siapkan assignment biarpun kerja last minute, kerana tekanan.

Ibu tidak akan berleter terhadap anaknya jika bukan kerana tekanan.

Muka ayah yang masam balik dari kerja, juga adalah angkara tekanan.

Pekerja di sebuah kompeni terpaksa bersengkang mata dan idea, akibat tekanan untuk meningkatkan jualan.

Itu situasi yang berkait dengan manusia. Namun, ada juga benda lain di muka bumi ini juga memerlukan tekanan. Sebagai contoh:

Air yang kita gunakan di rumah tidak akan mengalir jika tiada tekanan.

Kereta yang bergerak juga memerlukan tekanan. Kaki akan menekan paddle minyak untuk menggerakkan kereta.

Konsep tekanan diperlukan untuk memastikan kapal terbang dapat terbang dengan selamat.

Sebilah pisau yang kecil dan tajam dapat digunakan untuk memotong sesuatu objek, dengan menggunakan tekanan.

Stress is everywhere.

Cuma yang membezakan ialah cara bagaimana kita, sebagai manusia biasa berhadapan dengan tekanan.

Menurut Frank Long, ‘Tekanan boleh membantu kita menjadi lebih fokus dan positif. Menghadapi tekanan yang kecil akan membantu kita untuk berfikir. Mengurus sesuatu tekanan dengan baik adalah kunci utama.’

Pentingnya mengawal tekanan

Point utama yang saya tekankan disini ialah pentingnya untuk melihat tekanan dari pelbagai perspektif dan sudut pandang yang berbeza. Ini akan mendorong kita untuk mengurus tekanan dengan baik. 

Disebalik semua point yang diterangkan di atas, kegagalan untuk mengawal tekanan akan mendorong kepada wujudkan tekanan yang berlebihan. Over stress. Bila ini berlaku, ia mendatangkan banyak kesan buruk dan negatif kepada sesiapa sahaja yang mengalaminya.

Antaranya, kemurungan, muncul penyakit yang berkait dengan tekanan dan pelbagai lagi. Bahkan di sesetengah negara, ramai rakyatnya yang membunuh diri akibat kegagalan menghadapi tekanan.

Suka saya memberi beberapa contoh bagaimana sains mengajar kita sesuatu dalam mengawal tekanan.

Lori, bas dan kenderaan berat, biasanya mempunyai lebih daripada 4 tayar yang besar. Tujuannya ialah untuk mengawal dan mengurangkan tekanan pada tayar. Ini boleh mengelakkan tayar daripada pecah.

Papan luncur direka dengan permukaan yang besar untuk mengurangkan tekanan ke atas salji.

Bangunan yang tinggi biasanya dibina pada permuakaan yang luas untuk mengurangkan tekanan dan mengelakkan bangunan daripada tenggelam ke dalam tanah.

Kesimpulan

Ingatlah. Apa pun tekanan yang kita hadapi, semuanya berlaku dengan izin Allah SWT. Jika kita benar benar melihat daripada pelbagai perkara mengenai tekanan, pastinya akan membawa kita kembali kepada Pencipta.

Allah tidak ciptakan tekanan itu dengan sia sia. Ada sebab untuk kita fikirkan. Perlu juga kita akui dan sedar, syaitan itu wujud untuk terus membisik dan menggoda agar kita hanyut dalam tekanan.

Mungkin, Allah hantarkan tekanan dalam hidup kita, untuk kita bergerak dekat dengan Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *