5 TABIAT ORANG MELAYU YANG MEMBAWA TRAGEDI

5 TABIAT ORANG MELAYU YANG MEMBAWA PADAH

Tabiat orang Melayu yang membawa tragedi?

Semua tahu, Melayu merupakan majoriti kaum yang terdapat di Malaysia. Melayu juga merupakan rumpun yang membentuk sebahagian besar masyarakat di kepulauan Melayu. 

Segala perbuatan pastinya mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku.

Untuk mengenali orang melayu, kita seharusnya perlu mengetahui corak pemikiran orang melayu.

Pemikiran ini yang membawa kepada pembentukan tabiat orang Melayu. Tabiat yang akhirnya membentuk dan mempengaruhi satu budaya dalam masyarakat.

Tujuan saya menulis artikel ini ialah untuk kita memahami dan mengambil pengajaran. Jom baca.

TABIAT SUKAKAN HIBURAN

Masyarakat melayu sangat sinonim dengan hiburan. Anda pergilah majlis yang melibatkan orang melayu. Pasti akan ada hiburan. Antaranya ialah tarian dan nyanyian.

Lihat sahaja program-program hiburan di kaca TV. Orang Melayulah yang paling ramai penontonnya.

Begitu juga pertandingan nyanyian yang pasti mendapat sambutan.

Orang melayu sanggup mengalirkan air mata dan melupakan seketika sifat malu, hanya kerana hiburan.

Benarlah melayu dan hiburan tidak dapat dipisahkan.

MAKANAN DAN MAKAN

Orang Melayu juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Kepelbagaian ini menyebabkan orang Melayu sering dilabel sebagai kuat makan.

Dalam apa jua majlis atau keramaian, makanan adalah aspek yang paling penting.

Asal ada sahaja pogram yang melibatkan orang Melayu, pasti akan ada makan. Dalam setiap mesyuarat, ada makan. Dalam setiap ceramah agama, juga biasanya ada makan.

Mujurlah ada bulan Ramadhan, kita berpuasa sebulan. Boleh juga perut direhatkan seketika.

Mungkin sebab itu jugalah ada moreh. Makan-makan selepas solat tarawih.

TABIAT SUKA KEKUATAN TENAGA BATIN

Satu lagi perkara yang selalu dikaitkan dengan tabiat orang melayu. Menguatkan tenaga, iaitu tenaga batin.

Lihatlah produk-produk minuman dan kesihatan yang berlambak di pasaran, kebanyakan pasti akan menjurus kepada kekuatan tenaga batin.

Produk-produk tersebut mendapat sambutan hangat dari orang ramai. Hanya dengan menggunakan modal kuat tenaga dalaman (batin), produk tersebut pasti boleh jual.

Tongkat Ali atau Kacip Fatimah adalah tumbuh-tumbuhan yang berkait rapat dengan tenaga batin.  Orang melayu sangat sinonim dengan tumbuhan ini.

Hampir semua produk tenaga batin mengandungi kandungan atau estrak tumbuhan ini.

TABIAT SUKA CERITA HANTU DAN TAHYOL

Kisah hantu dan melayu memang tidak dapat dinafikan lagi perkaitan antara satu sama lain.

Dalam dunia melayu, pelbagai jenis hantu wujud. Antaranya ialah hantu jembalang, pontinak, toyol, hantu raya, langsuir, saka, dan sebagainya.

Kisah hantu ini sering digunakan oleh orang tua untuk menakutkan kanak-kanak agar mendengar cakap. Maka, sejak kecil jadi, orang melayu sudah disogokkan pemikiran dengan hantu. Hantu yang digambarkan sebagai menakutkan dan menjijikkan.

Sebab itu, menjawab mengapa filem-filem melayu bergenrekan kisah seram sering mendapat sambutan hangat dari pada orang ramai.

TABIAT MALAS DAN LUPA

Sifat malas dan lupa memang dimiliki oleh setiap manusia tanpa mengira bangsa. Cuma mungkin di Malaysia, kita selalu mengaitkannya dengan tabiat orang Melayu.

Mungkin, menjadi masyarakat yang majoriti, menjadikan Melayu berada dalam keadaan selesa. Keadaan yang akhirnya boleh membentuk sikap malas.

Malas ini pula juga berkait dengan lupa. BIla malas berfikir, otak pun tidak berfungsi secara optimum. Akhirnya, membawa kepada lupa.

Sebab itu juga Tun Mahathir selalu mengungkapkan ayat ‘Melayu mudah lupa’.

KESIMPULAN

5 tabiat yang disebut di atas bukan sesuatu yang buruk. Bahkan, ia mungkin menjadi fitrah masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.

Cuma, jika perbuatan ini tidak dikawal dengan baik, maka tabiat inilah yang akan menjadikan tragedi terhadap orang Melayu.

Hiburan jika tidak dikawal akan mendatangkan kelalaian. Lalai itu ialah tragedi.

Minat terhadap kuat tenaga batin, jika tidak kena pada tempatnya, boleh mendatangkan kemudaratan. Mudarat ini adalah tragedi.

Makanan dan makan berlebihan juga boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada manusia. Berlebihan itu yang menjadikan tragedi.

Suka cerita tahyol dan hantu yang berlebihan, akan mendatangkan sifat takut melampau dan fanatik. Ini juga tragedi.

Malas dan lupa memang confirm adalah tragedi.

Apa pentingnya untuk kita tahu semua ini? Tragedi inilah yang melemahkan orang Melayu.

Bila orang Melayu lemah, negara juga akan lemah. Ini akan membuka kepada pelbagai kemudaratan yang lebih besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *