VINCENZO DALAM 5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU

Minggu lalu, saya berpeluang meluangkan masa menonton kesemua 20 episod drama Vincenzo.

Drama ini mendapat sambutan yang agak luar biasa dikalangan peminat drama Korea. So, saya juga teruja ingin mengetahui apa yang menarik tentang drama ini.

Secara ringkas, Vincenzo adalah antara drama dari Korea yang patut anda tonton.

Saya tidaklah mengulas lanjut tentang sinopsis cerita ini. Cuma, banyak yang kita boleh pelajari daripada drama ini, selain daripada faktor komersialnya.

Saya rangkumkan Vincenzo dalam 5 perkara yang anda perlu tahu.

JALAN CERITA YANG BRILIANT

Brilliant. Unik. Kejam. Lucu. Antara perkataan yang menggambarkan tentang drama ini secara keseluruhan.

Plot drama ini yang disusun dengan sangat baik. Watak setiap pelakon dikembangkan dengan bagus sekali.

Menonton episod 1 hingga 3, penceritaannya agak slow. Namun, berubah apabila masuk episod 4.

Terdapat unsur unpredictable(sukar dijangka) dan sedikit twist, menjadikan cerita tidak terlalu boring dan mendatar.

Siapa sangka, watak yang saya anggap penting dimatikan di awal episod. Begitu juga watak yang berubah dari jahat ke baik, dan sebaliknya.

Babak percintaan juga minimal. Tidak terlalu melodrama. Sesuai dengan penceritaan Vincenzo.


5 EPISOD YANG TERAKHIR

Menonton 10 episod pertama, saya tertanya-tanya, adakah terlalu awal klimaks cerita ini?

Namun, masuk episod selepas itu, jalan ceritanya semakin ‘complicated’, tetapi menarik dan mendebarkan.

Rupanya, 5 episod yang terakhir drama ini adalah master-piece yang membuatkan anda terus terduduk di kaca TV.

Mainan emosi yang berjaya membuai dan membuatkan penonton turut sama merasai mood cerita.

Lakonan mantap daripada pelakon yang hebat.

Vincenzo membuatkan saya terlupa seketika betapa kejamnya seorang mafia. Hakikat sebenarnya, mungkin jauh lebih kejam dari apa yang anda bayangkan.

Drama ini juga memaparkan betapa ‘evil’nya watak jahat lakonan Taecyeon, sehinggalah episod yang terakhir.

ADA SAMBUNGAN?

Apapun drama yang mendapat sambutan, pasti peminat akan mengharapkan ada sequel atau season 2.

Bagi saya, tak perlu. Bukan kerana drama ini tidak cukup bagus.

Tetapi sangat jarang untuk sesuatu sequel drama itu akan mengulangi pencapaian sebelum itu. Biasanya, jalan cerita akan meleret dan membosankan.

Biarlah Vincenzo kekal dikenali seperti seadanya.

Saya mengharapkan, produksi drama dari Malaysia mempelajari sesuatu dari drama Korea ini. Sudah bosan dengan drama Melayu yang temanya, kualitinya, ceritaya asyik berulang.

Walaupun bukan semua.

RASUAH, RASUAH, RASUAH

Latar belakang cerita ini yang mengangkat tema rasuah dan penyalah gunaan kuasa.

Dimana ada rasuah, disitu ada penyalahgunaan kuasa. Realiti yang memahitkan, tetapi Vincenzo sebenarnya menempelak golongan kayangan yang menjadikan wang sebagai alat menghalal cara.

Tidak cukup dengan itu, kita juga ditayangkan dengan anggota polis, penjara, peguam dan Hakim turut tunduk dengan kuasa duit.

Sebenarnya, banyak drama-drama Korea membawa tema rasuah dalam siri mereka.

Tidak kiralah semaju mana sesebuah negara dan masyarakat, rasuah akan tetap muncul menjadi racun yang membunuh.

KERJASAMA MEMBAWA BERKAT

Pernah dengar slogan ini? Ada satu perkara yang saya suka dengan drama ini.

Semangat kerjasama dan setiakawan antara penyewa yang menetap di plaza.

Memiliki latar belakang ayang berbeza, mereka bersatu menentang perancangan jahat yang ingin mengambil alih plaza tersebut. Dengan pelbagai cara.

Menariknya, watak Vincenzo juga pada mulanya ingin memiliki plaza dan menghalau penyewanya.

Secara halus, disebalik masalah rasuah dan salah guna kuasa, drama ini mengajar kita kepada penyelesaian kepada permasalahan ini.

Bersatu dalam bekerjasama, dan menghargai semangat setiakawan.

Cuma, jika anda tanya apa yang saya tidak suka mengenai Vincenzo. Saya akan jawab ada satu.

Vincenzo kekal menggunakan pendekatan ‘mafia’nya untuk mengatasi kekejaman dan kegananasan.

One thought to “VINCENZO DALAM 5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *